Hikayat Faridah Hanom 7
Shahdan di dalam Faridah Hanom duduk berfikir menurutkan hatinya yang malu dan marah akan kekasihnya Shafik Afandi di tepi jendela rumahnya yang menghadap ke jalan raya itu tiba-tiba terpandanglah ianya akan kereta Shafik Afandi datang berhenti di hadapan muka pintu rumahnya ma-ka terkejutlah hatinya lalu bangun berlindung sambil memerhatikan[1] siapa yang di dalam kereta itu. Ada sejurus nampaklah ianya seorang perempuan[2] turun daripada kereta itu berjalan masuk ke rumahnya maka di amati-amatinya akan jalan perempuan itu, dikenalnya Aliah inang Shafik Afandi yang datang itu. Maka berdebarlah rasa hatinya seraya berfikir -- apalah kerjanya Aliah ini datang begini hari dengan berubah pula pakaiannya daripada biasa. Lalulah segera Faridah Hanom bangun turun sendiri ke muka pintu menyambut Aliah itu kerana bimbangnya akan ayahanda-bondanya[3] melihat dan bertanya sebab Aliah tiada pernah datang ke rumahnya. Maka apabila sampai Aliah ke muka pintu dilihatnya Faridah Hanom ada terdiri, maka segeralah ianya memberi salam serta menghulurkan tangannya mengambil tangan Faridah Hanom hendak diciumnya bagaimana adatnya maka segeralah ditarik oleh Faridah Hanom akan tangannya takut dilihat oleh orang akan seorang tua daripadanya mencium tangannya boleh menjadikan syak kelak di hati orang lalu dipimpin oleh Faridah Hanom akan Aliah dibawanya berjalan ke dalam rumahnya sambil berkata: „Ibuku beta hendak bawa berjumpa dengan ayahanda-bonda beta katakan beta berkenal dengan ibu di Jazirah waktu peperangan bunga.“ Jawab Aliah, "Baiklah mana suka tuan ibu turut sahaja." Maka di dalam berjalan itu Aliah pun memandang dan memerhatikan kebesaran rumah…
itu serta dengan adunannya sangatlah hebat serta dengan sempurnanya penuh dengan[4] hamba sahaya laki-laki dan perempuan masing-masing dengan pekerjaannya. Dan perhiasan rumah itu pun tiadalah dapat Aliah hendak membedakan[5] dengan rumah tuannya[6] Shafik Afandi kiranya tiada lebih pun tiadalah kurang daripadanya sekali-kali. Aliah berjalan menurut Faridah Hanom itu sambil berfikir -- beginilah ada kebesaran Faridah Hanom ini patutlah sangat dijaga dan dihormati serta dikasihi oleh tuan aku Shafik Afandi. Maka berjalan itu pun sampailah ke tempat Kasim Bey laki-isteri duduk lalu dibawa oleh Faridah Hanom akan Aliah masuk seraya duduk dan disuruhnya Aliah duduk di sebelahnya serta berkata: "Inilah ibu baharu berkenal dengan anakanda waktu anakanda pergi ke Jazirah, anakanda mendapat sakit pening kepala oleh kena[7] panas matahari, maka dibawa oleh ibu anakanda ini ke rumahnya diubatkan-nya kepala anakanda sehingga sembuh boleh anakanda berjalan pulang dan pening kepala anakanda pun hilang pulang[7] pulih sediakala. Sekarang ini ianya datang anakanda berpesan kepadanya minta ianya datang jangan tidak-tidak sebab anakanda hendak bawa ianya[8] mengadap ayahanda dan bonda." Faridah Hanom berkata-kata itu dengan tergagap-gagap mulutnya menyusun perkataannya itu oleh sangat-sangatlah termengkalnya di dalam hatinya mengeluarkan perkataan yang tidak sebenar itu kepada ayahanda-bondanya kerana selama-lamanya tiada pernah ianya bercakap bohong kepada ayahanda-bondanya. Maka dengan hati dan fikiran yang hancur luluh rasanya itu tersempurnalah jua perkataannya oleh hendak menyembunyikan rahsianya jika diketahui oleh ayahanda-bondanya, nescaya menjadi dukacita besar kepada hati keduanya. Maka dengan sebab ini dipaksalah jua dirinya itu bercakap yang tiada sebenar ini kepada keduanya kali yang pertama selama umurnya ini sebab hendak melindungkan perbuatannya yang mendatangkan dukacita keduanya jika diketahui oleh keduanya akan halnya dengan Shafik Afandi itu. Maka Kasim Bey laki-isteri pun memandang kepada Aliah sambil bangun keduanya memberi hormat seraya berkata, "Siapa nama ibumu ini tuan?" Jawab Faridah Hanom, "Aliah ayahanda." Maka Kasim Bey pun berkata: "Terima kasihlah beta akan pertolongan tuan kepada anak beta ini memang pun pekerjaan perempuan-perempuan pergi berberang bunga di Jazirah itu sangat besar bahayanya, tetapi apalah hendak dikata lagi sudah menjadi adat seisi negeri ini hendak dilarang pun tiada akan terpakai." Kasim Bey[7] berkata-kata itu sambil memandang isterinya memberi isyarat maka bangunlah isterinya masuk ke dalam sebentar kemudian keluar membawa sebentuk cincin berlian diberikann-yalah kepada Aliah sambil berkata, "Ambillah tuan inilah[7] pemberian beta tanda kita telah berkenal-kenalan dan selalulah saudara beta…
datang-datang kemari serta pandanglah Faridah ini bagaimana anak saudara beta sendiri." Maka[4] Aliah pun bangunlah menyambut cincin itu serta memberi hormat kepada keduanya. Maka kata Kasim Bey kepada Faridah Hanom, "Suruhlah tuan bawa kopi kemari ajak ibumu ini minum." Jawab Faridah Hanom, "Sudah ayahanda anakanda menyuruh sediakan minuman dan makanan di atas di dalam[9] anjung anakanda." [Sebab pun Faridah Hanom berkata demikian kerana hendak lari keluar segera daripada hadapan[7] ayahanda-bondanya oleh sebab hatinya tiada tertahan lagi sebalnya hingga hampir-hampir hendak berhamburan air matanya oleh terpaksa ianya bercakap yang tiada sebenar itu.][10] Maka Kasim Bey laki isteri pun tertawa berkenan melihat anaknya pandai mengambil hati orang itu. Maka Faridah Hanom pun bermohon daripada ayahanda-bondanya keluar membawa Aliah sambil menyapu air matanya dan Aliah pun bermohon daripada Kasim Bey laki isteri lalu mengikut Faridah Hanom dengan sangat heran hatinya melihat dan mendengar akan bijaksana Faridah Hanom berkata-kata[11] itu, [tambahan pula memandang[4] muka Faridah Hanom merah padam berubah daripada hari-hari macam rupa orang yang menahan air matanya].[10] Ada pun Faridah Hanom membawa Aliah naik ke atas rumah itu teruslah sekali dibawanya ke dalam anjung tempat[12] ianya menerima sekalian kawan-kawannya sama perempuan. Maka di situ pun dilihat oleh Aliah sangatlah elok tempatnya dengan beberapa banyak perhiasan yang berharga-harga[13] serta dengan elok peraturannya dan di dalamnya ada sedia menjaga beberapa banyak dayang-dayang yang muda-muda dengan sangat bersih dan satu macam pakaian semuanya sekali. Maka Faridah Hanom pun duduk di situ bersama-sama Aliah. Ada sejurus dayang-dayang pun membawalah berbagai-bagai minuman daripada serbat kahwa dan lain-lainnya. Maka lepas makan Aliah memandang muka Faridah Hanom sambil tersenyum hendak berkata-kata tiada berani sebab banyak sekalian dayang-dayang itu berdiri di hampirnya. Maka Faridah Hanom pun pura-pura tiada mengerti pandangan Aliah itu seraya berkata: "Ibuku, makanlah bersama-sama beta petang ini di sini." Serta disuruhnya seorang dayangyna memanggil Saad. Ada sebentar Saad pun datang sambil memberi hormat tersenyum memandang Aliah memakai pakaian yang berlainan itu. Maka Faridah Hanom pun berkata kepada Saad, "Sediakanlah makanan beta malam ini di atas rumah, kerana beta mengajak ibu beta Aliah…
makan sama dan kha-barkanlah di bawah, beta tiada turun makan bersama sama ayahanda-bonda pada malam ini." Saad pun memberi hormat lalu keluar mengerjakan segala[7] suruhan tuannya. Ada pun Faridah Hanom lepas Saad keluar itu bangunlah ianya memegang tangan Aliah dibawanya berjalan segenap tempat dan bilik yang baik-baik menunjukkan Aliah lalu turun terus masuk ke dalam tamannya. Maka di sanalah Faridah Hanom menyuruhkan sekalian dayang-dayangnya yang mengikut ianya berjalan itu balik naik ke atas rumah. Tinggallah ianya berdua Aliah berjalan menuju kepada suatu bangunan yang cukup lengkap segala kerusi meja di dalamnya[14] berhampiran dengan suatu kolam yang sangat jerneh airnya. Maka masuklah Faridah Hanom ke dalam rumah itu bersama-sama Aliah duduk di atas kerusi yang teratur di situ.
Seketika keduanya duduk di situ maka Aliah pun tersenyum memandang kepada Faridah Hanom sambil bangun menarik tangan Faridah Hanom diciumnya seraya berkata, "Maaf dan ampun tuan akan hamba tua melakukan pekerjaan yang bukan patut padan dengan taraf hamba yang hina ini di hadapan tuan dan kedua ayahanda-bonda, tetapi apalah boleh[7] buat kerana taat akan kehendak-kehendak tuan dan kakanda Shafik Afandi. Adalah dayang datang ini disuruh oleh kakanda Shafik Afandi menghadap tuan menyampaikan salam rindu dendam kasih sayangnya kepada tuan[15] serta meminta ampun dan maaf kepada tuan apa-apa kesilapannya[16] yang telah lalu, janganlah tuan tersalah sangka kepadanya. Sebab pun ianya meninggalkan tuan lari turun itu ialah sebab tiada dapat ianya menahan hati[17]. Oleh sebab takut ianya kena murka tuan jadi fikirannya biarlah ianya undur dahulu. Maka lepas daripada tuan berangkat pulang sebentar sahaja ianya sudah bergerak hendak balik mendapatkan tuan semula, tetapi oleh sebab[18] dayang segera datang memberitahu ianya, tuan telah berangkat pulang jadi terhentilah…
ianya dengan sangat duka cita dan sesalnya." Serta dikhabarkanlah oleh Aliah segala hal Shafik Afandi yang dilihatnya dan didengarnya tiada ditinggalkannya satu pun kepada Faridah Hanom serta ditambahnya beberapa perkataan yang melembutkan hati dengan beberapa pujuk rayunya pula[19] kerana hendak membaikkan hati Faridah Hanom itu.
Ada pun Faridah Hanom mendengar perkataan Aliah dan pujuk rayunya serta mendengar pula perkhabaran hal percintaan Shafik Afandi itu tiadalah juga melupakan malunya daripada perbuatan Shafik Afandi akan dia itu dan marahnya pun[7] bertambah-tambah disemarakkannya dengan tersenyum sahaja. Fikirnya, tiadalah menyembuhkan luka hati ku dengan perkhabaran ini. Lalulah segera disahutnya perkataan Aliah itu dengan katanya, "Wahai ibuku, dengarlah perkataan beta pada kali ini. Inilah perkataan beta yang penghabisan sekali ibuku taruh simpan baik-baik serta jika ibuku suka khabarkanlah kepada tuan ibuku itu.
"Adalah kita sekalian perempuan-perempuan ini[20] dijadikan oleh Tuhan sehabis-habis mulia dan sehabis-habis bersih kejadian, dengan sebab inilah Allah Subhanahu wa taala menjadikan balasannya yang kebajikan kepada sekalian hambanya yang taat akan dia dan yang[7] menurut suruhannya yang diredainya dengan perempuan di dalam syurganya [bagaimana yang tersebut di dalam segala kitab-kitab agama yang dikarang oleh sekalian laki-laki juga yang telah dijadikan oleh sekalian ketua-ketua agama daripada laki-laki itu juga ialah suatu limpah kurnia dan balasan Tuhan yang tersangat besar yang diuman-uman[21] oleh mulut[22] mereka itu ketika mengajar atau ketika menggemarkan orang kepada berbuat ibadat kepada Tuhan][10]. Tetapi yang menghina[23] kita dan membusuk mengotorkan kita ialah sekalian laki-laki juga bukannya yang lain sekali-kali. Dengan sebab ini kiranya adalah kudrat kuasa kita sekalian perempuan ini boleh mengubah tabiat kejadian Tuhan di dalam dunia ini, jangan berhimpun kita sekalian perempuan ini dengan sekalian laki-laki dalam suatu negeri, maka wajib sangatlah di atas kita sekalian perempuan melarikan diri kita daripada bercam-pur dengan sekalian jenis laki-laki ini[24] di dalam suatu negeri atau di atas suatu tanah yang bersambung[25]…
daratannya [dengan tanah tempat kedudukan sekalian laki-laki itu].[10][26] Kerana jikalau tidak sebab sekalian laki-laki itu tidaklah sekali-kali kehidupan kita sekalian perempuan ini boleh mendapat nama yang cemar dan sebutan yang hina. Sentiasalah kelak kita hidup di dalam bersih dan kehormatan kita. Maka jika ada pun kita membuat kesalahan yang lain-lain maka iaitulah kesalahan yang boleh dan dapat kita betulkan dan pulihkan semula, lama-kelamaannya dengan pelajaran dan pemeliharaan yang sempurna. Ada pun kesalahan kita yang berlaku[27] dengan kerana[7] angkara sekalian laki-laki [yang dimurkai oleh Tuhan dan tipu daya syaitan itu, ialah yang[7] meleburkan][28] kita sama sekali ke dalam lembah kebusukan dan kehinaan yang[29] mustahil sekali-kali boleh pulang pulih kita kepada kebersihan kita yang sediakala jika tidak dapat kita masuk semula ke dalam perut ibu kita, supaya diperanakkan kita lagi sekali ke dalam dunia ini. Maka oleh sebab tabiat kejadian manusia ini telah ditakdirkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa tiadalah boleh bercerai kehidupan sekalian perempuan dengan sekalian laki-laki itu[30], kerana jika bercerai di antara kedua jenis manusia ini tiap-tiap suatu jenis satu[31] tempat yang lain tidak bercampur sama sekali, nescaya lama-kelamaanya habislah fana jenis manusia ini di dalam alam ini, dan tinggal-lah alam dunia ini berisi dengan segala barang yang tidak tahu berkata-kata sahaja. Dengan sebab inilah tatkala telah kita ketahui bahawa adalah kehidupan kita sekalian perempuan ini tiada boleh sekali-kali bercerai daripada berhimpun dengan sekalian laki-laki serta kita mengetahui pula bahawa di dalam kejadian di antara kedua jenis manusia ini telah dijadikan dan ditanamkan oleh Tuhan perasaan yang dikehendaki daripada perasaan itu menerbitkan beneh yang meramaikan kejadian manusia di dalam alam dunia ini. Maka bermula orang yang berakal dan yang[32] berpengetahuan dan anak-anak yang dipelihara oleh ibu bapanya dengan pemeliharaan anak-anak yang bangsawan mengetahuilah ianya bahawa perasaan yang semula jadi di antara laki-laki dengan perempuan itu tidaklah dikehendaki sekali-kali ianya menjalan dan menurutkan perasaannya itu[4] dengan tidak berketahuan masa seumpama kelakuan segala binatang yang tidak…
berakal pada segenap tempat dan setiap masa yang tidak ada perhinggaan kepadanya sekali-kali. Kerana bagi kehidupan manusia ini ada kanun adat peraturan yang dijadikan oleh Tuhan menurut kemuliaan kejadiannya itu supaya berlainan tabiat kehidupannya dengan tabiat kejadian kehidupan segala binatang itu. Maka siapa-siapa[33] jua manusia yang menjalankan pekerjaan yang menyalahi adat peraturan tabiat kehidupannnya itu ialah [manusia yang telah membuang akan kemuliaan kejadiannya[34] masuk ke dalam perhimpunan kejadian binatang yang berupa dengan gambar[35] manusia].[36] Istimewa pula apabila kita ketahui adalah sekalian jenis perempuan ini telah dijadikan oleh Tuhan bersama-sama keluarnya[37] daripada perut ibunya itu dengan suatu mutiara yang ialah perhiasan yang disebut oleh orang daripada mula[38] kehidupannya yang bersih daripada cemar. Bermula mutiara itu ialah[7] perbendaharaannya yang dihasad dan didengkikan [dan yang sangat digemari][10] oleh sekalian laki-laki[39]. Demikian juga diketahui oleh tiap-tiap perempuan yang berakal dan berpengetahuan apa-kala jatuhlah mutiara yang menerangkan kehidupannya itu dengan perjalanan yang di luar daripada undang-undang tabiat manusia, iaitu perjalanan yang tidak di redai oleh Tuhan dan kehidupan ma-nusia yang mulia, nescaya jatuhlah perempuan itu di dalam laknat Tuhannya dan di dalam kehinaan yang cemar sebutannya hingga habis umurnya di dalam dunia ini. Maka tidakkah wajib di atas perempuan yang berakal yang suka gemar hidup di dalam bersih dan keredaan Tuhannya menghabiskan[40] upayanya pada menjaga akan mutiara kehidupannya itu, kemudian daripada telah diketa-huinya adalah sekalian laki-laki seterunya itu tidak sekali-kali menaruh rahmat rahim di atasnya bila-bila sahaja mereka itu mendapat peluang boleh merampas atau mencuri atau menipu mutiara kehidupannya itu.
Wahai ibuku kekayaan ayahanda beta dan rumah ini dengan segala isinya, tetapi beta berkatalah alam dunia ini dengan segala isinya tiadalah sekali-kali beta samakan dengan kebersihan di dalam memelihara mutiara kehidupan beta itu, kerana beta yakin percaya dengan sebenar-benar kepercayaan pada hari beta memberi akan mutiara[41] kebersihan beta itu dengan perjalanan…
yang di luar daripada[42] undang-undang adat peraturan kehidupan manusia yang diredai oleh Tuhan dan dikehendaki oleh kehidupan anak-anak yang bangsawan, maka pada hari itulah mulai beta menerima akan laknat Tuhan dan lenyap luput kehidupan beta yang kepujian hingga keluar nyawa beta. Barangkali awal mula pertama orang yang mencerca akan beta itu ialah orang yang menerima hadiah daripada beta akan mutiara kemegahan beta itu.
Apakala[43] telah ibuku ketahui demikianlah keadaan harga gemala kehidupan anak-anak dara yang bangsawan, maka tidakkah ibuku kecil hati jika seorang yang ibuku sangat kasih sayang dan yang ibuku pilih akan dia hendak menjadi kongsi kehidupan ibuku di dalam dunia ini, menuduh dan menyangka ibuku hendak memperhamburkan mutiara kemuliaan kehidupan ibuku itu, kerana tiada tertahan sabar lagi oleh sebab asyik berahinya. Pada hal ibuku usaha jaga pelihara mutiara ibuku itu beberapa lama yang bersama-sama dengan dia ialah kerana menunggu sampai masa yang diredai oleh Tuhan menurut kanun adat peraturan kehidupan manusia yang mempunyai perasaan kema-nusiaan yang kehormatan hendak diserahkan kepadanya.
Beta ini[44] seorang anak dara yang belum dan tidak pernah pun sekali-kali seorang laki-laki pun menjamah badan beta lain daripada ayahanda dan saudara beta, maka dengan takdir Tuhan telah dijatuh-kannya kasih sayang beta kepada Shafik Afandi, dan kemudian daripada beta berjumpa dengan dia dan mendengar perkataannya serta melihat hal-ehwal dan kelakuannya, percayalah beta bahawa Shafik Afandi ini seorang anak yang bangsawan yang mempunyai pelajaran dan berpengetahuan, maka bersumpah setialah beta dengan kekal berkasih-kasihan berdua dengan bersih dan memelihara akan kehormatan diri masing-masing.
Demikianlah hal beta dengan dia beberapa lama tidak pernah beta dapati daripadanya satu kali pun perkataan atau perbuatan yang menyalahi hingga kemudian daripada menyewa rumah bagaimana yang telah beta ceritakan kepada ibu beta dahulu. Maka kemudian daripada beta telah tetap yakin percaya yang beta ini telah terpelihara sekali daripada tercebur kepada kebinasaan oleh bijaksana dan bersih serta setia Shafik Afandi itu, tidakkah harus pula teringin di hati beta hendak bergurau senda yang menyukakan hati dengan niat mengusik akan kekasih yang beta percaya kasih sayang dan bersih hatinya itu. Tiba-tiba baharu sekali iaitulah mula pertama beta hendak bergurau mengusik akan dia telah dituduhnya beta dengan sejahat-jahat tuduhan di atas seorang perempuan yang tidak hendak bergantung kepada seorang laki-laki yang di dalam dunia ini, lain daripadanya, sehingga ditinggalkannya beta lari ianya dengan tidak sempat usul periksa lagi oleh bersangatan takut agaknya beta merabut akan dia mengajak tidur, serta memaksa akan dia melakukan pekerjaan yang kejahatan yang sangat-sangat cemar itu.
Bermula, perempuan yang begini jahat perangai kelakuannya maka tidaklah patut padan iaitu menjadi isteri Shafik Afandi orang muda yang berbangsa lagi mempunyai pelajaran yang tinggi dengan setia dan bersih harum di dalam kehidupannya disebut oleh orang seluruh negeri.
Dengan sebab ini ibuku, sampaikanlah kepadanya salam takzim kasih sayang beta, tetapi beta hendak berjumpa dengan dia lagi sangatlah malunya rasa hati beta. Dan ibuku sampaikan juga kepadanya bahawa kepercayaan beta kepadanya tiada terhingga lagi sehingga jikalau beta tidur bersama-sama dengan dia di dalam satu tempat tidur dengan memakai selapis…
baju sekali pun, ti-adalah bimbang hati beta kepadanya yang ianya boleh melakukan pekerjaan yang kejahatan ke atas beta. Tetapi kepercayaan Shafik Afandi kepada beta tidak ada sekali-kali, dengan sebab inilah mustahil boleh bersatu dua badan yang tidak bersatu peringatan dan perasaan, kerana kasih sayang beta akan dia bukanlah sehingga berkasih sayang sahaja, tetapi beta telah haramkan badan beta ini daripada disentuh oleh laki-laki yang lain daripadanya, hanyalah menantikan masa dan waktu yang dikehendaki oleh Tuhan sahaja pada menghalalkan persatuan yang sebenar[45] di antara beta dengan dia. Demikianlah perkataan beta, janganlah ibuku ulangi lagi perkataan tuan ibu kepada beta, tiadalah beta gemar sekali-kali mendengarnya.“
Ada pun Faridah Hanom berkata-kata itu merah padam warna mukanya macam bunga ros kembang pagi hari, dan terkadang-kadang berlinang-linang air matanya dengan menundukkan kepalanya terasa malu dan terkadang-kadang menepuk ianya akan meja yang dihapannya. Maka dengan sebab ini, terasa takut dan ngerilah Aliah hendak memotong percakapannya itu sehingga berdiam diri sahajalah dianya hingga habis perkataan Faridah Hanom itu. Kemudian bangunlah Faridah Hanom sambil berkata, "Marilah kita naik ke atas rumah, kerana hari telah malam kita makan supaya ibuku boleh pulang." Maka bangunlah Aliah mengikut Faridah Hanom ke atas rumah masuk ke bilik makan, di-dapatinya makanan telah sedia dan teratur. Maka duduklah Faridah Hanom mengajak Aliah makan seraya berkata perlahan-lahan, "Jangan ibuku malu dan segan, makanlah bersama-sama beta, tidak mengapa. Supaya jangan salah sangka orang-orang yang melihat." Maka[46] makanlah Aliah bersama-sama Faridah Hanom apa-apa yang berkenan kepadanya. Seketika makan pun sudah basuh tangan makan buah-buahan dan minum-minuman yang lazat-lazat, kemudian Aliah pun bermohonlah daripada Faridah Hanom hendak pulang kerana bimbangkan Shafik Afandi menunggu…
lama akan dia. Maka Faridah Hanom pun turun menghantar Aliah sampai ke muka pintu lalu bersalaman. Maka Aliah pun mencium tangan Faridah Hanom sambil menangis kasihan akan tuannya Shafik Afandi sambil berkata, "Tuan, kasihanlah akan kakanda itu, jika tidak matilah kakanda itu di dalam percintaannya". Maka Faridah Hanom pun segeralah menarik tangannya daripada Aliah lalu berjalan masuk kerana tiada tertahan hatinya melihat Aliah menangis itu oleh terkenangan kekasihnya serta teruslah[47] sekali ianya naik ke atas rumah langsung masuk ke biliknya berbaring-baring di atas peraduannya dengan pilu belas rasa hatinya teringatkan kekasihnya oleh mendengar perkataan Aliah itu.
Shahdan ada pun Shafik Afandi yang tinggal kemudian daripada Aliah pergi mendapatkan Faridah Hanom itu, duduklah ianya di rumahnya menunggukan inangnya balik sehingga malam hari. Maka keluh kesahlah ianya menantikan inangnya lambat sangat balik itu lalu ianya berjalan keluar masuk ke dalam taman halaman rumahnya berjalan keliling pohon bunga-bungaan sambil memerhatikan selalu ke pintu rumahnya kalau-kalau inangnya balik. Ada sejurus nampaklah kepadanya Aliah balik hendak terus masuk ke rumahnya, maka segeralah didapatkan oleh Shafik Afandi diisyaratkannya menyuruh masuk ke dalam taman dibawanya berjalan hingga ke dalam bangunan yang dibangunkan di dalam taman kerana tempat orang berlindungkan panas matahari itu.
Apakala duduklah keduanya di situ bertanyalah Shafik Afandi kepada inangnya, apa khabarnya dan apa-apa yang berlaku di dalam pemergiannya dan apa-apa perkataan kekasihnya. Maka Aliah pun berkhabarlah kepada {2. Aufl.: Abb 12: Frau vor Spiegel 2 mit Gedicht} tuannya apa-apa yang telah berlaku dan apa-apa perbuatan dan perkataan Faridah Hanom daripada permulaan ianya sampai ke muka pintu rumah itu hingga akhirnya tiada[48] ditinggalkannya satu pun jua. Maka Shafik Afandi pun terpegunlah bila mendengar perkhabaran yang dibawa oleh…
dayangnya yang kekasihnya tiada hendak bertemu ianya itu. Maka hilanglah semangatnya berdebar-debar rasa hatinya, lalu berhamburan air matanya oleh teringat akan perbuatan dan kasih sayang Faridah Hanom akan dia menurut apa-apa kehendak dan perbuatannya, tiba-tiba baharu sekali kekasihnya hendak bergurau dan mencuba akan hatinya sudah ianya lari meninggalkan dianya sama sekali, maka datanglah sesalnya pula dengan sesal yang amat sangat[49], seraya berkata kepada inangnya, "Inilah sebab agaknya yang akan mendatangkan ajal beta dari dalam dunia ini, kerana mustahil sekali beta boleh hidup dengan tiada bertemu kekasih beta itu, kerana ialah roh nyawa yang berjalan di dalam badan beta, maka bagaimanakah seorang itu boleh hidup dengan tiada beserta roh nyawa di dalam badannya. Ibuku, tolonglah sekali ini akan beta kerana sebenarnyalah kesalahan beta kepada nyawa beta itu sangat besarnya, maka tiadakah dapat ibuku ikhtiar memadamkan marahnya itu. Jikalau sungguh ibuku kasihkan beta bicarakanlah hal beta dengan nyawa beta ini kerana tiadalah pada beta lagi satu fikiran pun, maka habislah sudah disapu oleh udara taufan percintaan."
Maka Aliah pun sangatlah kasihan belas rasa hatinya melihatkan hal tuannya sangat bercinta itu sehingga menangis bagaimana budak-budak lalu berkata: "Aduh tuan junjungan batu kepala dayang, janganlah tuan[4] sangat bercinta menurutkan hati yang tidak baik itu[4]. Sabarlah tuan sedikit hari lagi, kerana pandangan dayang adalah kekasih[50] tuan itu tidak hilang kasih sayangnya akan tuan[4], hanyalah cuma ianya[51] kecil hati sedikit akan perbuatan tuan meninggalkan dia dalam masa ianya tengah suka hendak bergurau-gurau dan mengusik akan tuan. Maklumlah tuan hati orang perempuan yang tengah bersangatan kasihnya dan percayanya akan tuan, maka bila nampak sahaja sedikit yang bersalahan kelakuan atau perkataan tuan yang menyalahi sangka-sangkanya itu segeralah ianya menarik dirinya. Adalah pandangan dayang kekasih tuan Faridah Hanom…
ini, seorang perempuan yang sangat[4] bijaksananya. Dengan sebab ini tiadalah sekali-kali percaya dayang ianya itu boleh meninggalkan tuan sama sekali kerana kesalahan tuan yang sedikit, yang disangkanya sengaja tuan menuduh akan dia. Maka cubalah juga tuan menulis surat kepadanya ceritakan hal tuan dan sebab-sebab tuan meninggalkan dia itu dengan susunan yang boleh diterima oleh akalnya. Jika tidak dijawabnya surat tuan itu bolehlah dayang cuba[7] pergi lagi memujuk akan dia atau pun kita meminta pertolongan dayangnya Saad dengan apa ikhtiarnya[52] mencari jalan mempertemukan[53] tuan dengan dia sebab jika tuan telah[4] berjumpa dengan dia sendiri pandailah tuan menghilangkan marahnya itu[7].
Apabila didengar[54] oleh Shafik Afandi akan perkataan dayangnya itu, benarlah pada hatinya lalu bangun berjalan masuk ke rumahnya[4] seraya berkata kepada dayangnya, baliklah ibu ke rumah sana, jangan dilihat oleh budak-budak di[4] sini ibuku berubah pakaian itu." Maka Shafik Afandi pun teruslah masuk ke biliknya menghadap meja tulis memegang kalam hendak menulis kepada kekasihnya beberapa payah ianya hendak mengarang menyusun perkataan. Tetapi pada akhirnya dapatlah juga ianya menghabiskan suratnya dengan demikian bunyinya:
Nyawa dan semangat badan ku Faridah Hanom,
Abang menulis surat ini di dalam menggeletar tangan oleh dipalu taufan percintaan kemu-dian daripada mendengar kemurkaan nyawa abang yang berkekalan dengan paluan yang maha sakit yang dipalukan di hadapan Aliah orang yang abang suruh menghadap nyawa abang itu. Sangatlah sakit[55] abang menenggung paluan nyawa abang[56] pada kali ini, pada hal kehendak abang meninggalkan nyawa abang itu bukanlah sekali-kali kerana peringatan yang mengurangkan kehormatan nyawa abang sebesar…
zarah sekali pun. Tetapi hanyalah melarikan diri abang yang telah penuh asyik cinta berahi akan keelokan nyawa abang daripada tergerak anggota pada me-lakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan nyawa abang. Maka telah ditakdirkan oleh Tuhan murka tuan yang sangat-sangat abang takutkan dan abang lari kerananya itu telah ter-jatuhlah juga abang di dalamnya.
Jika telah nyawa abang hukumkan abang ini seorang yang salah, maka kesalahan abang yang telah berlaku dengan tidak berniat yang kejahatan pada mula pertama kali ini, tidakkah boleh menerima ampun dan rahmat tuan pula. Pakailah nyawa abang akan sifat mengampunkan dosa itu di dalam hati nyawa abang kerana sifat ini menambahkan kelak kemuliaan di atas kemuliaan nyawa abang yang sedia. Bermula, sifat mengampunkan dosa orang itu ialah sifat yang dipakai oleh Tuhan Rabbu 'l Alamin dengan nama al-Ghafur ar-Rahim.
Nyawa abang mahkota yang tidak ternilai harganya. Tidakkah nyawa abang teringin merasa masa yang dikata oleh Amiru l-Mukminin Harun al-Rashid masa yang sangat bertuah dan kemuliaan kesenangan kepadanya itu iaitulah masa yang ianya dapat mengampunkan orang yang berdosa besar kepadanya. Maka jika nyawa abang teringin hendak merasa masa yang dikatakan oleh Amiru l Mukiminin itu, inilah masanya.
Hamba keelokan tuan yang setia.
Shafik
Apabila habis ditulis oleh Shafik Afandi akan surat itu dimasukkannya ke dalam sampul, ditulisnya alamat di atasnya nama Faridah Hanom ditaruhnya stem kemudian dipanggilnya khadamnya disuruh masukkan ke lubang post[57] pada malam itu juga.
Bermula, Shafik Afandi menulis surat kepada kekasihnya itu tiap-tiap kali dengan tulisan dan bahasa Perancis kerana Faridah Hanom takut datang sesuatu masa ayahandanya datang syak barangkali dibukanya maka ayahandanya itu tiada tahu bahasa Perancis, hanyalah yang tahu saudaranya Muhammad Afandi, maka saudaranya ini pada siang hari sentiasa ianya di rumah ubatnya.
Maka kemudian daripada telah khadam memasukkan surat itu ke dalam peti post terasalah Shafik Afandi lapang sedikit hatinya, lalu berbaring-baring di atas tempat peraduannya leka dengan peringatan akan kekasihnya, hingga pertengahan malam terlenalah ianya sebentar hari pun siang lalu terkejut jaga Shafik Afandi bangun pergi mandi memakai pakaiannya keluar makan fatur dengan letih lesu rasa badannya, kemudian keluarlah ianya ke tempat pekerjaan[58] ayahandanya melihat segala pekerjaannya dan membuka segala surat-suratnya serta memberi perintah kepada sekalian orang-orang yang bekerja apa-apa[59] patut diperbuat, sebab ayahandanya Talat Bey telah berangkat bertukar angin ke Iskandariah. Maka apabila telah lengser matahari ternanti-nantilah Shafik Afandi akan jawab suratnya daripada kekasihnya, sehingga petang tiada juga datang. Lalu keluarlah ianya naik kereta terus pergi mendapatkan Aliah ke rumah baru[60] bertanyakan suratnya kalau-kalau kekasihnya menjawab suratnya beralamat ke situ. Maka kata Aliah, "Tidak ada seorang pun yang datang kemari daripada pagi tadi." Maka Shafik Afandi pun termenunglah sambil merebahkan dirinya ke atas kerusi panjang dengan mengeluh yang amat sangat melepaskan sesak nafasnya yang terhimpun di dadanya itu. Kemudian bangunlah pula Shafik Afandi masuk ke dalam bilik tulis menulis surat sepucuk lagi kepada kekasihnya Faridah Hanom dengan berbagai-bagai bunyi pujuk rayunya daripada syair pantun seloka yang…
menghancurkan hati orang yang membacanya serta berbagai-bagai perkataan yang merendahkan dirinya meminta ampun maaf segala kesilapannya yang telah lalu. Apakala sudah di suratnya diperbuatnya alamat disuruhnya khadamnya memasukkan pos petang itu juga. Kemudian baliklah Shafik Afandi ke rumahnya dengan duka cita dendam berahinya tiada berasa tidur se-malam-malaman itu keluh kesah hingga pertengahan malam. Maka bangunlah ianya keluar berjalan menuju rumah kekasihnya didapatinya tingkap anjung tempat kekasihnya menunggu ianya hari-hari itu lagi terbuka cahaya apinya sampai keluar lalu masuklah Shafik Afandi ke dalam menuju ba-wah tingkap itu, diketuknya dua tiga kali bagaimana isyaratnya[61] yang telah biasa, kemudian ditunggunya beberapa lama tiadalah seorang pun membuka pintu. Kemudian diketuknya lagi dua tiga kali, itu pun ditunggunya tiadalah juga seorang pun membuka pintu. Maka diketahuilah oleh Shafik Afandi tiada guna ianya menunggu lagi sebab tentulah kekasihnya tiada hendak bertemu dengan dia oleh sangat kecil hatinya akan perbuatannya meninggalkan ianya seorang diri di rumah itu. Maka berfikirlah Shafik Afandi di dalam hatinya -- tiadalah guna aku tunggu lagi di sini, baiklah aku mencari ikhtiar naik ke biliknya terus biarlah aku mati dibunuh oleh ayahandanya daripada aku hidup dengan serupa ini menanggung percintaan asyik berahi siang dan malam. Jikalau Faridah Hanom hendak marah pun akan perbuatan aku itu apalah boleh buat kerana perbuatannya juga meracun dan memabukkan aku. Shafik Afandi berkata-kata itu sambil berjalan keluar dengan masygulnya sepertikan[62] tiada terjalan rasa kakinya tetapi digagahinya juga akan dirinya berjalan hingga sampai ke rumahnya masuk ke dalam bilik berbaring-baring di atas kerusinya hingga sampai siang tiada dapat mengejamkan matanya. Manakala dilihat oleh Shafik Afandi hari telah siang matahari pun telah naik…
tinggi bangunlah ianya pergi mandi bersalin pakaian keluar pergi melihat pekerjaan ayahandanya bagaimana biasa, serta menunggu kalau-kalau ada surat jawab daripada kekasihnya. Maka hari pun hampir petang dilihatnya tiada juga jawab suratnya. Lalu segera ianya keluar naik kereta terus kepada Aliah di rumah baharu maka di sana pun dijawab oleh inangnya tidak ada suatu surat pun. Maka Shafik Afandi pun mengeluh sambil menghempaskan dirinya ke atas kerusi baring dengan berhamburan[63] air matanya seraya berkata: "Wahai ibuku, apakah ikhtiar ibuku hal beta ini, jika berlamaan lagi dengan hal yang demikian ini tentulah beta mati, sebab tiadalah tertahan lagi rasa hati beta. Semalam pun beta pergi ke rumahnya, beta ketuk bagaimana biasa, tiadalah hendak ianya membuka pintu bagaimana yang telah lalu dan surat beta berkirim kepadanya beberapa pucuk pun tiada juga hendak dijawabnya. Pada fikiran beta telah putuslah sudah niat beta hendak pergi sendiri mendapatkan ianya terus ke dalam biliknya biarlah beta mati dibunuh oleh ayahandanya dan saudaranya. Tinggal lagi yang menyusahkan hati beta jika beta pergi pada siang hari mendapatkan ianya tentulah makin bertambah-tambah marahnya kelak akan beta, kerana dikatanya beta sengaja hendak membusuk-kan namanya. Dan jika beta hendak pergi mendapatkan ianya pada malam hari maka sangatlah susah hendak masuk ke dalam rumahnya, kerana perbuatan rumahnya itu terlalu teguh tiada dapat dipanjat atau dikorek atau dipecahkan apa-apa pun[7] yang boleh melepaskan ke dalam. Inilah sahaja yang menggalangkan[64] beta."
Maka Aliah pun sangat terkejut hatinya mendengarkan tuannya hendak pergi sendiri mendapatkan kekasihnya itu ke dalam rumahnya kerana sangatlah bimbang hatinya…
kalau-kalau jadi pergaduhan di sana. Lalu ianya berkata kepada Shafik Afandi, "Janganlah tuan menurutkan sangat hati tuan itu, sabarlah sedikit hari lagi. Cubalah tuan tulis surat lagi kepadanya barangkali ada kasihan belasnya, sebab pandangan dayang kekasih tuan itu tidak berubah kasihnya akan tuan, tinggal lagi maklumlah tuan[4] hati perempuan. Di dalam pada itu pun biarlah dayang berjumpa dahulu dengan dayangnya Saad bertanyakan hal serta berikhtiar dengan dia hal ini. Silalah tuan menulis surat petang ini kepada kekasih tuan kemudian tuan suruhkan sais kereta tuan menunggu di hampir rumah Kasim Bey itu apabila keluar Saad pada malam ini atau esuk pagi suruh bawa[65] kemari."
Apakala[66] didengar oleh Shafik Afandi perkataan dayangnya itu benarlah pada hatinya lalu bangun masuk ke bilik tulisnya menulis surat kepada kekasihnya demikian bunyinya:
Surat sepucuk disuruh melayang
Menghadap mahkota indera dikayang
Memohonkan belas kasihan dan sayang
percintaan abang malam dan siang
Beberapa surat permohonan beta
Disuruh menghadap cahaya mata
tak sudi rupanya tajuk mahkota
Melawan abang berkata-kata
Ayohai ruh[67] nyawa badanku
Jikalau tuan demikian laku
Abang tak lama menunggu tuanku
Percintaan tentu akan membunuh ku
Ayohai raja sekalian perempuan
Cahaya mata yang sangat setiawan
Sampainya hati nyawa ku tuan
Hendak membunuh abang yang rawan
Ayohai semangat kehidupan kami
Faridah yang elok kelakuan resmi
Sampainya hati usul tamami
Menyukakan abang dikambus bumi
Tinggallah adikku tinggallah Sidah
Abang nan mati diracun Faridah
Wallahul Azim sumpah penyudah
Menghadap kematian sedikit tak indah[68]
Tuan menyuruh abang nan mati
Pistol dikirim olehnya gusti
Taatlah abang membuat bakti
Selamatlah tuan tinggal berganti.
Apabila telah habis ditulis oleh Shafik Afandi akan surat itu, lalu dikoyaknya sehelai sapu tangan suteranya dipotongnya sedikit jari kakinya terbit darahnya dilumurkannya punca sapu tangannnya darahnya itu. Setelah ratalah merah semuanya dibungkusnya surat Faridah Hanom itu dengan sapu tangan darah itu, lalu dimasukkannya ke dalam sampulnya, ditulis alamat Faridah Hanom serta disuruhnya[69] masukkan post[57] sekali. Kemudian berangkatlah Shafik Afandi turun pulang ke rumahnya sambil berkata kepada dayangnya, "Janganlah ibuku berjalan[70] ke mana-mana nanti beta suruh menunggu Saad jika dapat malam ini dibawanya kemari kerana kerap kali malamlah yang senang ianya keluar sebentar meninggalkan tuannya lepas makan minum." Seketika Shafik Afandi pun sampailah ke rumahnya turun seraya berkata kepada saisnya, "Serahkanlah kereta kuda ini kepada sais yang lain, engkau segera pergi tunggu di hadapan rumah Kasim Bey daripada petang ini sampai pagi esok, lihat apabila nampak Saad inang Faridah Hanom keluar daripada rumah itu, ajaklah ianya naik kereta, katakan inangku Aliah hendak berjumpa dengan dia. Kemudian engkau tunggulah ianya apabila sudah lepas ianya berkata-kata hantarkan balik Saad ke mana ianya hendak pergi." Lalu dikeluarkan oleh Shafik Afandi daripada poketnya dua pound diberikannya kepada saisnya. Maka saisnya pun menyambut duit itu lalu masukkan keretan-ya ke setalnya diserahkannya kepada sais yang lain membersihkan dan menjaga kuda itu, ianya berjalan segera mengerjakan bagaimana suruhan tuannya menunggu di hadapan rumah…
Kasim Bey. Adalah kira-kira pukul sembilan malam Saad pun keluarlah hendak pergi ke rumah saudaranya apabila lepas ianya ke tengah jalan dilihat oleh sais Shafik Afandi, dikenalnya Saad maka segeralah ianya mendapatkan Saad itu seraya memberi salam. Maka Saad pun terkejut mendengar suara[71] laki-laki memberi salam kepadanya itu sambil ianya berpaling memandang dengan menjawab salam sekali maka dikenalnya laki-laki itu ialah sais Shafik Afandi. Maka Saad pun bertanya, "Hendak ke mana, dan apa kerja berdiri di sini." Jawab sais itu, "Hamba menunggu inanglah, disuruh oleh inang tuan hamba Shafik Afandi menjemput inang ke rumahnya, jangan tidak-tidak, inilah juga bolehlah kita naik kereta." Maka Saad pun berfikir, apalah kerja Aliah memanggil aku ini berangkali dengan kehendak Shafik Afandi agaknya, baiklah juga aku pergi mengambil khabarnya -- lalu katanya kepada sais itu "Mana dia kereta? Marilah kita pergi segera kerana hari telah malam, aku hendak balik segera." Maka sais itu pun memanggil sebuah kereta sewa yang ada sedia di situ lalu naik ianya bersama-sama Saad, disuruhnya berjalan menuju jalan[7] ke rumah Aliah. Tidak berapa lama sampailah kereta itu, lalu diajaknya Saad naik ke rumahnya sambil berteriakkan Aliah. Kemudian sais itu pun turunlah semula menunggu di bawah serta ditahannya kereta itu oleh sebab takutkan tiada dapat kereta jika Saad hendak balik tengah malam sekarang.
Ada pun Aliah apakala dilihatnya Saad datang itu segeralah ditegurnya dan diajaknya duduk seraya berkata, "Beta memanggil saudara beta ini kerana hendak bertanya ikhtiar hal tuan penghulu kita berdua ini apalah halnya yang laki-laki ini sangatlah menaruh percintaan siang dan malam tiada bertentu makan dan minum bagai orang gila, tiap-tiap hari beberapa kali telah ianya menulis surat kepada tuan kita yang perempuan jangankan jawab khabarnya…
pun tiada. Semalam katanya ianya pergi ke sana tengah malam bagaimana biasa dahulu membawa isyarat beberapa kali jangankan orang membuka pintu suara pun tiada kedengaran. Maka pada pagi ini tuan beta ini berkata ianya hendak pergi siang hari mendapatkan tuan kita yang perempuan ke dalam biliknya, biarlah ianya mati di bunuh orang sebab tiada kuasa ianya menanggung percintaan lagi. Maka apakala beta larang dan beta kata bermacam-macam yang tidak membenarkan pekerjaan yang hendak dilakukannya itu, maka ianya hendak membunuh diri sebab katanya ianya tiada hendak hidup di dalam dunia ini jika tidak bersama-sama dengan tuan perempuan kita. Maka ini dengan beberapa pujuk nasihat[72] beta meminta daripadanya bertempoh sampai beta hendak bertemu dengan saudara beta dahulu bermusyawarat dan bermuwafakat apa-apa macam yang baik dan patut diperbuat kemudian</ref>dengan saudara beta dahulu bermusyawarat dan bermuwafakat apa-apa macam yang baik dan patut diperbuat kemudian omitted in e.</ref> hendak dikhabarkan kepadanya. Maka inilah beta hendak mengambil fikiran saudara beta, apalah ikhtiar kita membetulkan tuan kita berdua ini, sebab jika kita diamkan apabila datang kejahatan ke atas keduanya[73] diketahui oleh ayahanda-bonda keduanya[74], maka kita berdua juga yang hendak menanggung kemarahan itu."
Apakala didengar oleh Saad perkataan Aliah itu, melengunglah[75] ianya seketika kemudian baharulah ianya mengangkat kepalanya berkata: "Tiadalah tahu apa yang beta hendak katakan, sebab beta pun sangatlah susah hati melihatkan hal tuan beta yang di rumah itu selama ianya tiada berjumpa dengan tuan laki-laki ini sangatlah berubah kelakuannya, tiada tentu makan dan tidurnya, bercakap pun tiada hendak sangat. Beberapa kali beta melayan ianya berkata-kata bila hendak melarat kepada hal yang[7] di antaranya dengan tuan laki-laki kita, segera diputuskannya perkataan beta itu serta[7] segeralah pula ianya bangun pura-pura membuat pekerjaan yang lain. Pada …
hal beberapa kali[76] beta masuk ke biliknya, beta dapati ianya menangis seorang dirinya tiada sempat ianya menyapu air matanya hendak menyembunyikan tangisnya itu, maka bila beta tanya ianya apa sebab ianya menangis katanya, tidak[77] apa hanyalah sakit kepala sahaja. Dengan kerana ini tiadalah beta dapat mengaku apa ikhtiar yang boleh beta perbuat sebab tuan beta itu dahulu segala hal yang berlaku di antaranya dengan tuan laki-laki kita semuanya ia bercerita dengan beta, tiadalah ianya bersembunyi suatu pun. Tetapi sekarang ini jangankan ianya hendak bercerita, beta bertanya pun ianya marah. Malam semalam tuan laki-laki datang bukannya ianya tiada tahu, ada ianya duduk di hampir tingkap itu bersama-sama beta, bila didengarnya sahaja bunyi ketuk di bawah tingkap itu, segeralah ianya bangun masuk ke dalam biliknya. Maka oleh sebab takut ianya beta turun membukakan[78] pintu diajaknya beta bersama-sama masuk ke dalam biliknya dan dikuncinya sekali pintu biliknya dari dalam sampai siang baharulah dibukanya. Yang telah sudah tidaklah pernah ianya mengajak seorang pun tidur di biliknya itu jika tidak ada kerana sakit pening. Kata Aliah, "Betullah tuan kita itu sangat keras hatinya sungguh pun kasih sayangnya itu tidak berubah[79], tetapi oleh sebab kecil hatinya itu di tahannyalah hatinya seberapa kuat kuasanya. Maka hal ini tiadalah upaya kita mengubatkan dia melainkan hendaklah yang punya diri sendiri dengan sebab ini patutlah kita berusaha dan berikhtiar menyenangkan perjumpaan keduanya supaya hilang siksa keduanya daripada menaruh percintaan yang membinasakan kesenangan keduanya. Dan boleh pulang pulih kehidupan keduanya, bagaimana sedia kala[80]. Mahukah saudara beta menurut ikhtiar beta ini." Jawab Saad, "Bagaimakah ikhtiarnya itu." Kata Aliah, "Tadi tuan laki-laki kita ada menulis surat kepada tuan perempuan kita esuk pagi tentulah sampai surat itu dibawa oleh orang post[57]. Maka bolehlah…
saudara beta tunggu terima surat itu bawa sendiri serahkan kepadanya kemudian perhatikanlah mukanya apabila nampaknya berlainan rupanya carilah peluang seberapa boleh persejukkan hatinya dan minta kebenarannya jika tuan laki-laki kita datang malam biarlah dibenarkannya saudara beta membuka pintu serta meminta redanya seberapa boleh saudara beta pujuk rayu supaya ianya berjumpa bagaimana biasanya. Dan jika tiada dapat peluang saudara beta berkata-kata dengan dia atau pun tiada hendak ianya berjumpa juga tuan laki-laki kita itu, maka saudara beta ikhtiarlah seberapa boleh melarikan sekalian dayang-dayang jangan tidur di hampir biliknya itu serta saudara beta berikhtiar bagaimana pun membuka pintu besar rumah itu dan pintu yang naik ke bilik tuan perempuan kita dan jika boleh saudara beta menunggu masa datang tuan laki-laki kita bagaimana biasanya dahulu bukakan pintu, tunjukkan bilik tuan perempuan kita supaya ianya berjumpa dengan dia. Kerana fikiran beta jika berjumpa di antara kedua orang yang berkasih-kasihan ini hilanglah segala kemarahannya janganlah saudara beta menaruh bimbang. Tetapi jika tuan perempuan kita membenarkan saudara beta membuka pintu serta reda ianya hendak berjumpa segeralah saudara beta[7] menyuruh memberitahu beta supaya beta memberitahu tuan laki-laki kita jangan ianya susah lagi dan jika tidak usahlah saudara beta memberitahu lagi tunggulah di sana sahaja malam bagaimana jam yang biasa selalu masa keduanya berjumpa dahulu".
Apabila didengar oleh Saad segala perkataan Aliah ini, termenunglah ianya seketika, kemudian katanya, "Baiklah, mana kata saudara, beta turut[81]. Kerana beta pun telah terasa kasih sangat akan tuan laki-laki beta serta sangatlah kasihan hati beta mendengarkan halnya. Dengan sebab ini biarlah jika hendak jadi apa pun, beta ikhtiarkan jugalah…
beri sampai ianya berjumpa berdua kerana esuk pagi pun tuan besar laki isteri hendak berangkat pergi ke Iskandariah, tinggal di sana barangkali sepuluh lima belas hari. Jadi lapanglah beta boleh membuat apa-apa ikhtiar tidak siapa[82] yang ditakutkan." Maka Aliah pun sangatlah sukanya mendengar perkataan Saad itu, lalu ianya berjamu Saad kemudian Saad pun bermohonlah pulang lalu[83] turun naik kereta bersama-sama sais dihantarkannya sampai ke rumah Kasim Bey, maka Saad pun turunlah berjalan masuk ke dalam rumahnya, dan sais pun menyuruhlah kereta itu langsung menghantar[84] akan dia[85] ke rumahnya di tempat setal kuda kereta Shafik Afandi.
Apabila sampai kereta itu bertentang dengan pintu halaman rumah Shafik Afandi itu, di lihat oleh sais tuannya Shafik Afandi ada duduk di luar lagi seorang dirinya. Maka segeralah disuruhnya berhenti kereta itu lalu turun masuk mendapatkan tuannya memberitahu sudah disempurnakannya[86] bagaimana suruhannya. Manakala didengar oleh Shafik Afandi perkataan saisnya itu segeralah ianya bangun naik kereta yang membawa saisnya itu sambil berkata kepadanya, "Sudah[87], baliklah engkau. Tidak apa kereta ini bolehlah aku membayar sewanya." Maka sais pun pulanglah dengan suka hatinya oleh mendapat wang dua pound percuma itu. Dan Shafik Afandi pun menyuruh kereta itu berjalan ke rumah Aliah kerana tiada tertahan sabar hatinya lagi menunggu sampai siang hendak mendengar perkhabaran Saad berjumpa dengan Aliah itu. Apabila sampai Shafik Afandi ke rumah itu[7], didapatinya Aliah lagi jaga. Maka duduklah ianya mendengar perkhabaran[88] yang diceritakan oleh Aliah apa-apa yang bersetuju ianya dengan Saad seraya berkata lagi, "Esok malam adalah dayang datang[7] menghadap tuan jika ada atau tidak[4] perkhabaran daripada Saad." Maka Shafik Afandi pun sangatlah suka hatinya mendengar…
perkataan dayangnya itu seraya berkata: "Menerima kasihlah beta daripada ibu beta yang menjalankan ikhtiar hendak beri beta berjumpa dengan nyawa beta itu. Baiklah beta turut bagaimana kata ibu itu, tetapi petang esok memang pun beta nanti singgah juga ke sini apa-apa hal bolehlah kita muafakat[89] di sini sahaja." Maka Shafik Afandi pun turunlah pulang ke rumahnya dengan kesukaannya serta sampai di bayarlah sewa kereta itu lalu masuk terus ke biliknya sebab hari telah lebih daripada pertengahan malam.
Sebermula maka tersebutlah perkataan Kasim Bey ayahanda Faridah Hanom apakala telah masuklah[90] musim panas, maka teringatlah ianya akan saudaranya di Iskandariah kerana telah biasa menjadi adatnya setahun sekali bila musim panas ianya pergi bertukar angin tinggal dengan sau-daranya di Iskandariah membawa isterinya dan anakanda sekalian bersama-sama ke sana terkadang-kadang sampai juga dua bulan lamanya atau lebih. Sebab itulah pada tahun ini bila masuk sahaja musim panas, teringatlah ianya hendak pergi ke Iskandariah membawa isterinya dan anakandanya lalu disuruhnya panggil Muhammad Afandi puteranya. Ada seketika Muhammad Afandi pun sampai menghadap ayahandanya. Kata Kasim Bey, "Marilah tuan kita pergi kepada ayahmu di Iskandariah kerana musim pun telah as-saif pergilah tuan berkhabar kepada adikmu Faridah, kita bawa ianya bersama-sama supaya bertukar angin, kerana ayahanda lihat mukanya pun sangat berubah beberapa hari ini mudah-mudahan dengan sebab bertukar angin itu bolehlah sihat badannya. Maka Muhammad Afandi pun mengaku apa perkataan ayahandanya itu lalu naik pergi ke tempat saudaranya Faridah Hanom terus masuk ke biliknya sekali, didapatinya saudaranya tengah berbaring-baring[91] di atas kerusi panjang seorang dirinya lalu segera dihampirinya akan saudaranya…
sambil menarik kerusi duduk di sisinya. Ada pun Faridah Hanom apabila melihat saudaranya datang itu segeralah bangun mencium tangan abangnya, maka dipeluk dicium oleh Muhammad Afandi akan kepala saudaranya dengan sangat kasih sayang[92] dan belas rasa hatinya melihat muka saudaranya berubah daripada sehari-hari. Ada sejurus Muhammad Afandi pun berkatalah, "Tuan bersiaplah, esok pagi-pagi kita pergi ke Iskandariah kerana ayahanda bonda hendak berangkat di pangilnya kakanda disuruhnya bersiap serta memberitahu tuan. Fikiran kakanda baiklah tuan pergi bertukar angin mudah-mudahan boleh sihat badan tuan." Apabila didengar oleh Faridah Hanom ayahandanya hendak membawa ianya ke Iskandariah itu, nampaklah kepada matanya muka Badaruddin Afandi sepupunya yang hendak meminang akan dia itu. Maka pada masa itu teringatlah ianya akan kekasihnya Shafik Afandi dan sumpah setianya dan kasih sayang Shafik akan dia, maka tiadalah dapat ianya menahan akan hatinya lagi lalu dija-wabnya perkataan saudaranya dengan berhamburan air matanya sambil berkata: "Tidak memada rupanya orang meracun adinda dengan berkhabaran Iskandariah itu maka[4] hendak dibawa pula adinda ke sana supaya mati segera." Lalulah ia membantingkan dirinya ke atas ribaan saudaranya dengan tangis yang amat.[93] Maka Muhammad Afandi pun segeralah menyambut saudaranya dengan kasihan belasnya seraya berfikir -- tidak suka rupanya adikku ini akan Badaruddin Afandi, maka pada[4] hatiku sekali-kalilah aku tidak menyukakan memaksa akan saudaraku bersuamikan orang yang tidak disukainya kerana saudaraku hanyalah seorang tidak ada dua tiga orang. Lagi pun saudaraku ini sempurna pelajaran dan pengetahuannya[94], tentulah diketahuinya ada tabiat kelakuan Badaruddin Afandi itu yang tidak boleh bersetuju dengan dia maka tidak digemarinya. Jika tidak, mustahil ianya tidak suka akan saudaranya lagi elok rupa dengan mudanya. Di dalam…
Muhammad Afandi berfikir itu diangkatnya akan kepala saudaranya diciumnya serta disapu air matanya sambil berkata: "Diamlah tuan, jika tuan tidak suka pergi pun ke Iskandariah janganlah tuan zahirkan kepada ayahanda kerana adikku mengetahui tabiat ayahanda kita, apa-apa perkataannya tidak boleh dilalui nescaya datanglah murkanya. Biarlah abang membuat ikhtiar mengambil kebenaran ayahanda boleh tuan tinggal tidak pergi ke Iskandariah." Maka Faridah Hanom pun sukalah sedikit hatinya mendengar perkataan kekandanya itu, lalu bangun daripada ribaannya sambil mencium tangan saudaranya, maka Muhammad Afandi pun bermohon daripada adindanya keluar turun pergi menghadap ayahandanya seraya berkata: „Anakanda lihat, Faridah Hanom masa ini belum boleh pergi ke Iskandariah kerana badannya uzur telah terkena sejuk oleh dibuat berjaga menjahit menekat sampai tengah malam di hadapan tingkap yang terbuka. Maka jikalau belum hilang sakitnya itu terkena pula ia angin Iskandariah nescaya bertambah-tambahlah kelak[7] sakitnya. Dengan sebab ini fikiran anakanda jika ayahanda bonda hendak berangkat bolehlah tiada menjadi apa-apa dan anakanda pun boleh mengiring sama tetapi di dalam sehari dua boleh anakanda balik melihatnya jika telah sembuh boleh anakanda bawa bersama-sama anakanda ke Iskandariah, maka bagi sementara ini anakanda hendak perbuatkan ubat tinggalkan sahaja.“ Apabila didengar oleh Kasim Bey perkataan anakanda Muhammad Afandi hal anakanda Faridah Hanom itu[95] maka berkatalah ianya, "Baiklah, jika pandangan tuan tidak apa adikmu itu[96] boleh ditinggalkan marilah kita pergi esok pagi kerana badan ayahanda sangatlah tidak sedap rasanya, sudah oleh berlebihan amat panas di sini beberapa hari ini. Pukullah telegraph kepada ayahmu di Iskandariah katakan esok pagi kita bertolak dari sini dengan kereta api yang berlepas dari Babul Hadid pukul sembilan pagi."
Maka pada pagi esoknya keluarlah Kasim Bey laki-isteri dan Muhammad Afandi pergi di stesyen keretapi, maka oleh sebab kasihan sangat Faridah Hanom akan ayahanda-bondanya jangan susah hati bimbang akan dia, segeralah ianya memakai pakaiannya pergi menghantar ayahanda bondanya ke stesyen keretapi.
Shahdan ada pun Saad lepas keluar orang-orang yang hendak pergi ke Iskandariah itu duduklah ianya menunggu pos membawa surat yang dikhabarkan oleh Aliah itu. Maka tiada berapa lama sampailah surat Faridah Hanom dibawa oleh post[57], diterima oleh Saad lalu naik ke atas berfikir seorang dirinya bagaimana ikhtiarnya hendak menjalankan perjumpaan kedua orang yang asyik maksyuk ini jika tuannya tidak hendak berkata-kata dengan dia atau tidak hendak menurut perkataannya. Berkatalah Saad di dalam hatinya, baiklah aku mengajak seorang dayang lagi kawanku menjalankan pekerjaan ini tiadalah boleh aku dengan seorang diriku sahaja kerana banyak sangat mata yang melihat jikalau Shafik Afandi naik masuk ke bilik jika tidak baik-baik ikhtiarnya. Maka di dalam ianya berfikir itu teringatlah ianya akan Khatun dayang yang[4] menjaga pakaian Faridah Hanom dan pengharapan yang sangat dipercayanya di dalam dayangnya yang banyak itu. Fikirnya, baiklah aku berkhabar kepadanya, dan mengajaknya bersama-sama di dalam pekerjaan ini. Lalulah[97] segeralah dipanggilnya Khatun itu diajaknya berjalan ke bilik anjung yang tidak[98] ada orang sambil berkata: "Khatun, dengarlah kataku ini. Tidakkah engkau memerhatikan hal tuan kita di dalam beberapa hari ini, apa macam halnya." Jawab Khatun dengan tersenyum, "Beta lihat dan beta tahu apa-apa halnya, tetapi beta hendak bercakap tidak berani." Kata Saad, "Apakah yang engkau tahu itu khabarkanlah kepada aku tidak mengapa."
Kata Khatun, "Tuan kita berkasih-kasihan dengan Shafik Afandi, tetapi sekarang telah berselisih agaknya, maka[99] jadi percintaan kepadanya entah apa sebabnya tidaklah beta tahu." Maka Saad pun heran mendengar perkataan Khatun itu sambil berkata: "Di mana engkau tahu hal ini." Jawab Khatun, "Beta melihat bila Shafik Afandi lalu mengangkat tangan memberi salam kepadanya dan dijawabnya serta ada pula saudara beta bekerja dengan Shafik Afandi menjaga pakaiannya ianya pun berkhabar kepada beta hal Shafik Afandi serta surat-surat yang dikirim oleh Shafik Afandi kepada tuan kita." Maka Saad pun berkatalah kepada Khatun, „Betullah kata engkau itu, tetapi pesanlah kepada saudara engkau itu jangan ianya berkhabar kepada siapa-siapa[100] hal ini“ serta diceritakan oleh Suad kepada Khatun segala hal Faridah Hanom dengan[101] Shafik Afandi ini daripada awalnya, serta dinyatakan kepada Khatun keduanya itu berkasih-kasihan sahaja tidak berlaku sekali-kali pekerjaan yang kejahatan dan dikhabarkannya pula sebab perselisihan di antara keduanya itu. Maka Khatun pun menjawab, "Fasal rahsia ini, usahlah payah[7] berpesan lagi, memang beta adik-beradik tidak berani bercakap kepada[7] siapa-siapa[100] kerana bagaimana beta ini kasihkan tuan beta begitulah saudara beta itu kasihkan tuannya Shafik Afandi itu, kerana terlalu sangat dipuji oleh saudara beta berapa tahun sudah ianya[102] bekerja dengan dia sekali pun tiada pernah ianya kena marah. Jika ada pun kesalahannya ditegurkannya dengan manis mukanya serta dengan murah tangannya pula. Dengan sebab inilah beta berdua saudara sentiasalah berdoa biar jadi pertemuan di antara keduanya. Maka Saad pun sangatlah suka hatinya mendengar perkataan Khatun itu sambil berkata: "Jikalau engkau kasih sungguh akan tuan kita, marilah kita berikhtiar menghilangkan dukacitanya itu supaya pulang pulih ianya bagaimana sediakala." Jawab Khatun, "Beta ini…
jikalau[103] kerana kebajikan tuan beta ini jangankan[104] disuruh beta bekerja jika dengan nyawa beta pun redalah beta dengan kerananya.“ Maka Saad pun berceritalah apa-apa keputusan muafakatnya dengan Aliah kepada Khatun seraya berkata, "Malam inilah janji Shafik Afandi hendak datang mendapatkan tuan kita." Jawab Khatun, "Apakah yang hendak disuruh beta perbuat di dalam perkara ini?" Kata Saad, "Aku hendak engkau berikhtiar mencari jalan dayang-dayang yang ramai ini boleh pergi tidur ke lain tempat supaya jika {2. Aufl.: Abb. 2 Drei Frauen auf der Straße mit Erklärung} ada apa-apa tiadalah didengar oleh mereka itu." Jawab Khatun, "Semalam semua dayang-dayang ini minta beta berkhabar kepada ibu sekaliannya minta maklumkan kepada tuan kita[7] jika ada kebenarannya habis kerja malam ini masing-masing hendak pergi berkumpul[105] ke bilik belakang mendengar[4] laki Mariah tukang masak membaca hikayat Abu Zaidul Hilali." Kata Saad: "Kalau begitu baiklah, sekarang boleh aku pohonkan kebenaran daripada tuan kita."
Di dalam Saad duduk berkata-kata dengan Khatun itu Faridah Hanom pun sampai daripada menghantar ayahanda-bondanya terus naik ke dalam biliknya menukar pakaiannya. Maka Saad pun segeralah datang membawa surat daripada pos itu diberikannya kepada tuannya disambut oleh Faridah Hanom dilihatnya tulisan kekasihnya maka tiadalah dibukanya di hadapan Saad. Apabila dilihat oleh Saad surat itu tidak hendak dibuka oleh Faridah Hanom di hadapannya, diketahuinyalah tak boleh ianya mendapat peluang berkata-kata dengan tuannya fasal hendak menjumpakan ianya dengan kekasihnya Shafik Afandi itu, lalu segera dipanggilnya Khatun masuk ke bilik itu sambil berkata, "Tuan, adalah Khatun ini diminta oleh dayang-dayang yang ramai ini memohon kebenaran tuan, malam ini mereka itu hendak pergi mendengar laki Mariah tukang masak konon membaca cerita Abu Zaidul Hilali." Maka Faridah Hanom pun tersenyum mendengar perkataan Saad itu sambil berkata: "Biar-lah sekaliannya pergi bukannya ke rumah lain di bilik belakang sahaja, tetapi ibuku dengan…
Khatun usahlah pergi, jangan ketinggalan beta seorang diri." Maka Saad pun suka hatinya oleh sampai bagaimana maksudnya lalu keluarlah ianya bersa-ma-sama Khatun memberitahu dayang-dayang itu telah dibenarkan mereka itu pergi mendengar hikayat malam sekarang.
Ada pun Faridah Hanom lepas keluar Saad dengan Khatun dari dalam[4] biliknya itu, segera ianya merapatkan pintu biliknya lalu duduk membuka surat kekasihnya. Apabila dikeluarkannya surat itu dilihatnya berbungkus dengan kain yang berlumur dengan darah, maka sangatlah terkejut rasa hatinya segeralah ianya membuka surat itu dibacanya. Manakala sampai di akhir surat itu mendengar kekasihnya memberi selamat tinggal menyuruh ianya mencari ganti sebab ianya hendak mati itu, berdebarlah rasa hatinya sepertikan[62] sungguh rasanya kekasihnya hendak membunuh diri itu, maka datanglah sesalnya meninggalkan kekasihnya tetapi serba salahlah fikirannya hendak pun ianya pergi mendapatkan kekasihnya maka sangatlah malu rasa hatinya dan hendak pun ianya berdiam diri lagi takut kalau-kalau sungguh ianya membunuh dirinya. Di dalam hatinya jikalau mati Shafik Afandi, aku pun matilah sama sekali-sekali aku tidak hendak hidup kemudian daripadanya. Dengan yang demikian keluh kesahlah Faridah Hanom seorang dirinya serba salah rasa fikirannya, lalu ianya merebahkan dirinya di atas tempat peraduannya menangis seorang dirinya. Ada pun Khatun menurut adatnya sehari-hari apabila Faridah Hanom balik dari berjalan tiadalah berani ianya meninggalkan bilik itu sebelum siap ianya berkemas akan pakaian tuannya, tetapi oleh sebab pada kali ini tuannya merapatkan pintu biliknya itu maka tidaklah berani ianya hendak masuk sebelum dipanggilnya akan dia. Dengan kerana ini duduklah Khatun di muka pintu bilik itu tidak berani bergerak ke mana-mana. Apakala telah lamalah sudah ianya menunggu sehingga hampir waktu makan tidak juga Faridah Hanom memanggil…
akan dia ditolak oleh Khatun[106] perlahan-lahan pintu itu. Setelah dilihat oleh Faridah Hanom Khatun menolak pintu itu lalu dipanggilnya Khatun masuk sambil menyapu air matanya malu dilihat oleh Khatun ianya menangis itu seraya bertanya, "Khatun akan Saad ke mana?" Maka jawab Khatun, "Saad pergi melihat dayang-dayang menyediakan makan[107]." Maka Faridah Hanom pun mengetahuilah hari telah lepas tinggi hari sampai sudah waktu makan jika tidak ianya pergi makan dikata oleh Saad[4] apa-apa pula halnya malulah rasanya diketahui oleh Saad ianya sangat bercinta itu, lalu segeralah ianya bangun pergi membasuh mukanya. Maka Khatun pun masuk berkemaskan apa-apa pakaian yang di dalam bilik itu. Ada sejurus Faridah Hanom pun keluar lalu terus ke bilik makan digagahnya makan sedikit, lalu sudah bangun masuk semula ke dalam bilik berbaring-baring[91] tidak hendak bercakap[108] apa-apa dengan Saad sehingga petang hanyalah berkata-kata di dalam hatinya mencari fikiran apa jalan hendak menegah-kan kekasihnya daripada mendapat marabahaya dengan tidak payah ianya berjumpa dengan dia lagi. Dengan hal yang demikian hari pun malamlah, lalu dipanggilnya Saad seraya berkata: "Malam sekarang jika Shafik Afandi datang ibuku turunlah berjumpa dengan dia, katakan beta sakit dilarang oleh[4] doktor tiada diberinya beta terkena embun, jika beta tiada menjadi apa-apa lagi empat lima hari bolehlah beta turun berjumpa ianya." Maka Saad pun berkata: "Jangan apalah kiranya tuan murkakan kakanda itu berlebih-lebihan amat[109], kerana sangatlah kasihan dayang mendengarkan halnya. Malam kelmarin dayang berjumpa dengan hamba tua itu Aliah, ianya berkhabar kepada dayang hal tuannya dengan tangisnya beberapa kali hendak membunuh dirinya oleh tidak tertahan akan percintaannya menerima murka tuan tidak tentu tidur dan makan bagaimana orang gila siang dan malam. Cubalah tuan tanya Khatun ini ia pun tahu kerana saudaranya ada bekerja menjaga…
pakaian kakanda itu, sangatlah ianya memuji kakanda itu sehingga ianya berdua beradik berdoa siang dan malam supaya jadi pertemuan tuan dengan kakanda itu." Maka Faridah Hanom pun mangkin[110] bertambah-tambah tangisnya bila mendengar perkataan dayangnya sehingga terisak-isak seraya berkata: "Biarlah ibu apa suka diperbuatnya jika ianya mati beta pun mati sama sekali-kali beta tiada mahu hidup kemudian daripadanya, tetapi yang beta hendak berjumpa dengan dia sekali-kali tidak kerana perbuatannya akan beta bersangatan sakit rasanya begitulah beta punya ikhlas dan bersih hati percaya akan dia tiba-tiba baharulah sekali beta hendak bergurau mengusik akan dia sudah ianya meninggalkan lari menuduh beta seumpama menuduh seorang perempuan yang sehabis-habis jahat seolah-olahnya selama beta bersama-sama dengan dia beberapa lama ini telah diketahuinya beta ini memang perempuan jahat, usahlah ibu beta menyebelah ke sebelah dia jika bagaimana pun tidak boleh mengubatkan luka yang di hati beta ini. Maka jika ibuku kasih sangat akan dia pergilah berjumpa dia, jika datang ia malam ini kha-barkan bagaimana pesanan beta itu." Maka Saad pun tidak dapat berkata-kata lagi lalu berdiam diri tidak berani menjawab perkataan tuannya lagi hanyalah berfikir di dalam hatinya, jika begini tidaklah[4] boleh jadi betul orang berdua ini jika tidak diperjumpakan keduanya dengan tipu daya, lalulah ianya keluar. Maka Faridah Hanom pun bangun merapatkan pintu bilik berbaring-baring di tempat tidurn-ya serta berkhabar ianya tidak hendak makan menyuruh dayangnya makan kemudian jika hendak pergi mendengar hikayat ke bilik belakang pergilah.
Shahdan ada pun Shafik Afandi pada petang itu pergilah ianya kepada Aliah bertanya kalau ada apa-apa khabar daripada daripada Saad, jawab Aliah, "Tidak ada tuan[7]". Maka Shafik Afandi pun menunggulah[111]…
di rumah itu hingga malam tidak ada suatu khabar lalu berkata kepada dayangnya, "Beta fikir tidak dapat Saad akan kebenarannya agaknya jika demikian biarlah beta balik tetapi jika[7] beta pergi malam ini apakala tidak hendak ianya turun tentulah beta naik[112] ke biliknya dan beta bawa sekali ianya kemari kerana jika di sana tentulah susah beta hendak bercakap panjang memadamkan marahnya itu maka bolehlah ibu bersedia malam ini buat apa-apa sedikit makanan dan minuman," lalu dikeluarkan oleh Shafik Afandi wang diberinya kepada Aliah. Kemudian turunlah Shafik Afandi naik kereta pulang ke rumahnya serta berpesan kepada saisnya, pukul dua belas malam ini disuruhnya pakai kereta buruk dengan mengubah pakaiannya pergi menanti di penjuru simpang yang berhadapan rumah Kasim Bey itu.
Apabila sampai pukul dua belas malam Shafik Afandi pun keluarlah daripada rumahnya dengan memasukkan pistol ke dalam poket seluarnya dan memegang suatu tongkat lalu berjalan terus ke rumah Kasim Bey, maka apakala[113] sampai ianya ke pintu pagar Kasim Bey itu segeralah dipadamkannya api gas jalan di hadapan pintu pagarnya itu terus ianya masuk ke dalam sekali. Bila ditolaknya pintu besar didapatinya terbuka maka masuklah ianya ke dalam dilihatnya[114] Saad ada menanti ia serta memberi isyarat kepadanya suruh mengikut ianya. Maka Shafik Afandi pun mengikutlah Saad berjalan berjalan hingga sampai ke[7] tangga yang naik ke atas, naiklah Saad diturut oleh Shafik Afandi dengan berjalankan hujung sepatunya. Manakala telah lepaslah[115] keduanya ke atas dipimpin oleh Saad akan tangan Shafik Afandi berjalan hingga sampai hampir ke pintu bilik Faridah Hanom maka ditunjukkan oleh Saad serta dilepaskannya[116] tangan Shafik Afandi lari ianya masuk ke bilik sebelah berkhabar kepada Khatun, Shafik Afandi telah masuk mendapatkan…
tuannya, maka duduklah keduanya memasang[117] telinga apa-apa yang akan jadi di antara asyik dan maksyuk ini.
Ada pun Shafik Afandi apabila telah lepas Saad masuk ke biliknya itu berjalanlah ianya menuju bilik kekasihnya dengan sangat kembang dan suka rasa hatinya, lalu ditolaknya[118] pintu bilik[119] itu perlahan-lahan masuk menuju ke tempat tidur kekasihnya. Dilihat api[120] pun sangat terang, kekasihnya di dalam tempat tidurnya seumpama anakan mutiara lalu segera disingkapnya[121] kelambu itu.
Ada pun Faridah Hanom pada ketika itu ianya tengah berbaring-baring[122] menangis terken-angkan bunyi surat kekasihnya hendak membunuh dirinya itu takut kalau-kalau sungguh dilakukannya, tambahan pula kemudian daripada mendengar perkataan dayangnya Saad perkhabaran daripada Aliah itu makin sangatlah bimbangnya hingga tidak putus air matanya mengalir kerana sangat sebal rasa hatinya oleh bersangatan malunya hendak pergi berjumpa kekasihnya itu. Adalah pada masa itu Faridah Hanom memakai hanyalah[123] selapis baju tidur panjang daripada sutera yang nipis tetapi seluar[124] skirt yang dipakainya masa pergi menghantar ayahanda-bondanya itu belumlah ditanggalkannya sebab ianya berbaring-baring itu daripada petang tiada keluar-keluar daripada tempat peraduannya. Dan pada masa Shafik Afandi masuk itu matanya pejam, fikirannya melayang kepada kekasihnya, jadilah tiada ianya melihat Shafik Afandi masuk itu hingga disingkapnya akan kelambunya itu baharulah ianya sedar ada orang hampir peraduannya disangkanya inangnya Saad datang hendak memberitahu ianya akan kedatangan kekasihnya. Maka apakala ia membuka matanya dipandangnya Shafik Afandi yang menyingkap kelambunya[4] itu maka sangatlah terkejut rasa hatinya serta dengan malunya oleh ianya dilihat oleh Shafik Afandi…
menangis itu. Maka segeralah ianya menyembamkan mukanya berpaling belakang tiada hendak berhadap dengan Shafik Afandi. Maka Shafik Afandi pun segeralah naik ke atas peraduan itu sambil mengangkat kepala kekasihnya di ribanya seraya berkata dengan tangisnya, "Wahai nyawa abang mahkota junjungan wujud nafas abang, sampainya hatinya[125] tuan murkakan abang yang sekali-kali tidak terlintas fikiran yang kejahatan di atas nyawa abang. Maka daripada tuan membuat akan abang yang demikian baiklah tuan bunuh sekali supaya lepas abang daripada terlintang-lintang di mata tuan di dalam dunia ini. Maka dengan sebab inilah abang berani datang menghadap tuan ke dalam tempat tuan ini." Shafik Afandi berkata-kata itu sambil menyembamkan mukanya di kepala Faridah Hanom maka basahlah rambut dan muka Faridah Hanom oleh air matanya. Maka Faridah Hanom pun tiadalah tertahan hatinya makin bertambah-tambahlah tangisnya hendak pun ianya bangkit tiada dapat kerana kepalanya[126] dipeluk oleh Shafik Afandi dan Shafik Afandi pun tidak dapat mengeluarkan percakapan lagi oleh[7] terisak-isak ianya menangis seumpama budak melihatkan kekasihnya tidak hendak memandang mukanya itu beberapa ianya hendak memalingkan muka kekasihnya itu tidak dapat oleh dikeraskan Faridah Hanom lehernya. Maka hendak pun dikuatinya takut pula menjadi kesakitan kepada kekasihnya. Ada sejurus Shafik Afandi menangis itu teringatlah ianya takut hendak berkata-kata banyak kalau-kalau didengar oleh dayang-dayang yang ada di sebelah bilik itu barangkali tidak dapat ikhtiar Saad melarikan mereka itu lalulah berfikirlah di dalam hatinya, baiklah juga aku bawa nyawaku ini ke rumahku supaya aku berikhtiar menghilangkan marahnya itu. Serta segeralah ianya bangkit didu-kungnya Faridah Hanom dibawanya keluar bilik maka Faridah Hanom pun beberapa hendak berlepas diri tidak dapat kerana dengan menyembunyikan mukanya tidak hendak memandang muka Shafik Afandi itu. Maka dengan hal yang demikian lepaslah Shafik Afandi keluar bilik berjalan turun sekali. Setelah dilihat oleh Saad akan hal…
Shafik Afandi mendukung Faridah Hanom dibawanya turun itu segeralah diikutnya sama. Maka Shafik Afandi pun berkatalah kepada Saad, "Tidak apa ibuku, tinggallah ibu di sini bawa pakaian tuan ibu ini ke rumah Aliah pagi-pagi serta pandailah ibuku mengatakan kehilangan tuan ibu ini dari pagi-pagi di rumah[127] kerana beta ini jika tidak mati tiadalah[128] beta lepaskan nyawa beta ini." Setelah didengar oleh Saad akan perkataan Shafik Afandi itu tidaklah terkata-kata ianya lagi. Ada pun Faridah Hanom apabila mendengar perkataan Shafik Afandi kepada Saad itu diketahuinyalah tiada boleh ianya berlepas diri lagi lalu ianya menangis dengan menyembunyikan mukanya serta teringatlah ia pula akan halnya memakai baju yang sangat nipis itu tetapi adalah juga sedap hatinya sedikit oleh ianya memakai seluar serta teringat akan hal Shafik Afandi ini tidaklah melakukan perkara kejahatan itu, maka tidaklah ianya meronta lagi, hanyalah menangis perlahan-lahan dibawa oleh Shafik terus ke keretanya disuruhnya berjalan ke rumah Aliah. Maka hendak pun Shafik Afandi meletakkan Faridah Hanom itu tidaklah dapat sebab Faridah Hanom menyembunyikan mukanya ke belakang tengkoknya kerana tidak hendak memandang mukanya. Maka dipeluklah[129] Shafik Afandi akan dia serta diletakkannya ke atas ribaannya sambil memujuk dengan berbagai-bagai perkataan yang merendahkan dirinya sehingga sampailah kereta itu ke rumah Aliah. Maka Shafik Afandi pun mendukung kekasihnya dibawanya naik ke atas rumah, didapatinya Aliah ada menanti akan dia lalu teruslah ianya membawa masuk kekasihnya ke dalam bilik diletakkan ke atas peraduan. Maka Faridah Hanom pun segeralah menolak akan dada Shafik Afandi sambil mengambil bantal disembamkan mukanya menangis. Maka Shafik Afandi pun tidaklah terkata-kata melihatkan hal kekasihnya itu diangkatnya kepala kekasihnya diribanya dengan pujuk berbagai-bagai perkataan yang lemah-lembut menghancurkan hati siapa-siapa yang mendengarnya sehingga sampai siang tidak juga Faridah Hanom hendak memandang mukanya apa lagi berkata-kata…
dengan dia. Maka sangatlah susah rasa hatinya hendaklah ianya mati rasanya daripada menanggung percintaan, istimewa pula hari telah siang takutkan Saad datang membawa pakaian kekasihnya kalau-kalau ianya berangkat pulang meninggalkan ianya. Maka dengan sebab ini tidaklah tertahan hati Shafik Afandi lalu menangis dengan tangis yang amat sangat oleh kerana hendak dikeraskannya kekasihnya memandang akan dia takut kalau-kalau bertambah-tambah marahnya lalu dikeluarkannya pistolnya dari dalam poket seluarnya seraya berkata: "Jika tuan tidak hendak mengampunkan dosa abang, tuan bunuhlah abang sekali jangan menyusahkan hati tuan berlama-lamaan sangat," seraya diserahkannya pistolnya[130] itu ke tangan Faridah Hanom dengan tangisnya serta[131] menyembamkan mukanya di tengkok Faridah Hanom.[132] Maka Faridah Hanom pun bila mendengar perkataan Shafik Afandi itu dengan merasa sebenarnya pistol itu digenggamkan oleh Shafik Afandi di tangannya, serta mendengar Shafik Afandi bersangatan menangis itu, terasalah kasihan sangat di hatinya tetapi hendak pun ianya mengangkat mukanya malu sangat rasa hatinya. Maka apabila dilihat oleh Shafik Afandi kekasihnya tidak juga hendak mengangkat mukanya itu berkatalah pula ianya, "Tuan nyawa abang, roh semangat abang, kiranya tuan tidak kasihan belas lagi akan abang lepaskanlah abang daripada azab sengsara ini, tuan bunuhlah abang supaya jangan abang menanggung kesusahan yang berlamaan ini dan tuan pun tidaklah menerima susah hati selama-lamanya. Maka jika tuan tidak terhemat menembak abang minta apalah abang[4] pistol itu biarlah[133] abang menembak diri abang sendiri." Lalu dipegangnya pistol yang di tangan Faridah Hanom itu hendak[7] diambilnya. Maka Faridah Hanom pun terkejut rasa hatinya serta berfikir di dalam hatinya, jika aku bi-arkan pistol ini tentulah ianya membunuh dirinya sebab lain bunyi perkataannya dengan tangisnya ini. Lalu dilontarkannya[134] pistol itu jatuh ke bawah sambil…
ianya bangun memeluk leher Shafik Afandi dengan bersandarkan kepalanya ke dada kekasihnya dengan tangisnya yang amat sangat maka dipeluk dicium oleh Shafik Afandi akan kepala kekasihnya itu dengan suka yang amat sangat oleh kekasihnya bangun memeluk lehernya itu. Maka Faridah Hanom pun teringatlah ianya hari telah siang cerah ianya cuma berbaju nipis itu terasa malunya lalu ianya bangun sambil menolak dada Shafik Afandi seraya berkata: "Jika sudah terasa malu oleh berkenal-kenalan dengan perempuan yang jahat budi pekerti dan kelakuan ini, baiklah membunuh diri jangan malu aib muka diketahui oleh orang ramai." Serta segeralah ianya turun daripada peraduan itu berjalan masuk ke dalam bilik mandi maka Shafik Afandi pun sangatlah suka hatinya mendengar kekasihnya hendak berkata-kata dengan dia itu dan tahulah ianya akan kekasihnya masuk ke dalam bilik mandi itu sebab malu akan dia oleh memakai baju nipis itu maka[7] segeralah ianya bangun keluar melihat Saad kalau-kalau sudah datang membawa pakaian kekasihnya serta menyuruh sais keretanya membawa balik kereta itu dipesannya disuruh datang petang membawa kereta yang lain pula.
Ada pun Saad apakala telah keluarlah Shafik Afandi mendukung Faridah Hanom itu, naiklah ianya ke atas sambil berkata kepada Khatun, "Tuan kita telah dibawa oleh kekasihnya ke rumahnya apalah ikhtiar kita hendak menyembunyikan halnya ini daripada dayang-dayang yang ramai itu. Kata Khatun, "Baiklah ibu keluar sama dari rumah ini nanti bila diperiksa oleh dayang-dayang akan beta boleh beta berkhabar kepada mereka itu, tuan kita telah keluar berjalan subuh-subuh hari makan angin ke dalam kebun Azbakiah kerana musim panas memang pun selalu orang-orang pergi makan angin ke kebun itu pagi-pagi dan petang[135]." Maka Saad pun membenarkan perkataan…
Khatun itu seraya berkata: "Jika begitu mintalah pakaian tuan kita supaya aku bawakan sekali kerana ianya dibawa pergi itu baju cuma selapis sahaja." Maka Khatun pun mengeluarkan pakaian Faridah Hanom dengan selengkap gelang dan subang cincin mana barang-barang yang biasa dipakainya diserahkannya kepada Saad. Maka Saad pun membungkus sekaliannya itu menunggu bila hari telah terang sedikit keluarlah ianya mencari kereta sewa apabila dapat naiklah ianya terus ke rumah Aliah serta sampai lalu ianya naik ke atas didapatinya Shafik Afandi ada di luar bilik maka[136] disuruh oleh Shafik Saad masuk ke dalam bilik mendapatkan tuannya di dalam bilik mandi maka Saad pun masuklah sambil berdiri di tepi pintu bilik itu serta bersuara mengatakan pakaian telah sudah dibawa kemari. Apabila didengar oleh Faridah Hanom suara dayangnya itu segeralah ianya membuka pintu serta keluar masuk ke dalam bilik membuka bungkus melihat pakayannya yang[137] dibawa[138] oleh dayangnya itu didapatinya cukup semuanya dihantarkan oleh Khatun maka berkatalah Faridah Hanom kepada Saad "Baiklah ibuku balik ke rumah lihat hal di sana[139] kalau-kalau ada telegraph atau surat-surat daripada ayahanda di Iskandariah segeralah ibu bawa kemari serta khabarkanlah kepada dayang-dayang di sana beta ada di rumah Azizah Hanom ditahannya beta tidak diberinya balik. Maka jika sampai petang beta tidak balik segeralah[140] ibu datang kemari. Maka Saad pun segeralah bermohon pulang mengerjakan bagaimana suruhan tuannya. Ada pun Faridah Hanom apabila telah keluar Saad segeralah ianya merapatkan pintu bilik itu lalu menanggalkan pakaiannya masuk bersiram setelah sudah masuklah ianya ke bilik pakaian mamakai pakaiannya serta berhias dan[141] membetulkan rambutnya bagaimana adatnya hari-hari kemudian keluarlah ianya ke dalam bilik tidur sambil menarik kerusi duduk seorang dirinya malu hendak keluar berjumpa dengan Shafik Afandi.
Ada pun Shafik Afandi apabila ditunggunya lambat sangat Faridah Hanom di dalam bilik itu serta dilihatnya Saad pun telah turun pulang maka disuruhnyalah akan Aliah inangnya masuk melihat kekasihnya ke dalam bilik itu jika sudah bersiram dan bersalin pakaian disuruhnya khabarkan ianya menanti makan fatur pagi. Maka Aliah pun segeralah masuk ke dalam bilik dilihatnya Faridah Hanom duduk seorang dirinya telah siap dengan pakaiannnya maka kata Aliah, "Tuan, kakanda menunggu mengajak santap fatur pagi." Jawab Faridah Hanom, "Usahlah menunggu beta kerana beta belum hendak makan, pergilah ibuku layankan ianya makan, usahlah digaduhkan beta." Maka Aliah pun tersenyum sambil berkata: "Tuan junjungan dayang, janganlah sangat tuan[7] menurutkan hati yang tidak baik itu, kasihani apalah tuan akan kakanda itu dari mula tuan murkakan kakanda itu sehingga[142] pagi inilah baharu[143] dayang melihat mukanya manis dan[4] hendak meminta makanan maka jika tuan tidak hendak keluar ke tempat makan pun bolehlah dayang menyuruh bawa masuk makanan kemari bersama-sama kakanda itu." Maka Faridah Hanom pun diam tidak suatu apa katanya dan Aliah pun keluarlah menyuruh dayang membawa masuk makanan ke dalam bilik serta berkhabar kepada Shafik Afandi menyuruh masuk makan bersama-sama Faridah Hanom ke dalam bilik.
Ada pun Faridah Hanom duduk di dalam bilik itu terasalah sangat mengantuk matanya lepas bersiram itu kerana beberapa malam ianya tidak tidur sehingga tidak dapat rasanya hendak duduk betul.
Demikianlah adat dan tabiat orang yang asyik apabila berjauhan[144] dengan maksyuknya apa lagi jika di dalam kebimbangan akan kekasihnya terbayang-bayanglah maksyuknya itu kepada matanya[145] dan nafsu…
makan pun lupalah daripada peringatannya oleh hatinya sentiasa di dalam kebimbangan dikundang oleh percintaan akan kekasihnya. Maka apakala sahaja berjumpa dan hilanglah segala kebimbangan itu, baharu terasa segala kehendak-kehendak badannya yang mesti bagi perjalanan kehidupannya. Dengan sebab inilah Faridah Hanom baharu terasa mengantuk dan letih-lesu badan sebab telah hilang segala kebimbangan yang menggoda akan dia beberapa hari ini akan kekasihnya, tetapi oleh sebab mengantuknya itu terlebih sangat daripada nafsunya hendak makan, jadi tidaklah ianya mengambil indah akan dayang-dayang membawa masuk dan mengatur makanan itu. Maka apabila masuk Shafik Afandi ke dalam bilik dilihatnya kekasihnya duduk seumpama patung kencana serta berupa letih-lesuh nampaknya, maka segeralah di hampirnya duduk di sisinya[146] sambil mengajak makan, maka digagahlah oleh Faridah Hanom makan sedikit lalu sudah dan Shafik Afandi menurut sudah seraya berkata: "Adikku tuan nyawa abang, mengapakah tuan tidak santap. Sampainya hati tuan baharulah hari ini terasa lapar ingin abang akan makanan oleh bertemu dengan adikku, tiba-tiba tidak rupanya nyawa abang menaruh kasihan[147] belas sudi santap bersama-sama abang dengan sangat pula berlainan rupa tuan abang lihat daripada sehari-hari pada hari ini, jika demikian juga kelakuan tuan, matilah abang lama-kelamaan dengan berosak hati." Shafik Afandi berkata-kata itu dengan berlinang-linang air matanya oleh melihat kekasihnya berlainan sangat rupa duduk mengejamkan matanya sangkanya belum juga habis marahnya.
Maka Faridah Hanom pun tahulah akan hati Shafik Afandi itu sangatlah belas rasa hatinya, lalu merebahkan kepalanya ke dada kekasihnya sambil berkata: "Tidak apa-apa abang, hanyalah mengantuk sangat rasa mata beta, jadi tiadalah[148] nafsu hendak makan." Maka Shafik…
Afandi pun suka sedikit rasa hatinya lalu dipeluknya[149] kepala kekasihnya sambil memerhatikan mukanya, dipandangnya sungguh kekasihnya mengantuk mengejamkan matanya, lalu diserunya Aliah disuruhnya mengangkat makanan itu kemudian didukungnya akan kekasihnya bawa naik ke atas peraduan disandarkannya kepala kekasihnya ke dadanya dan ianya bersandar di bantal memerhatikan muka kekasihnya diamat-amatinya kekasihnya beradu itu matanya pejam bibirnya tersenyum pipinya merah umpama bunga ros kembang pagi. Maka tidaklah tertahan lagi hatinya lalu diciumnya pipinya perlahan-lahan, maka Faridah Hanom pun terkejutlah membuka matanya memandang kekasihnya sambil berkata: "Biarlah abang beta tidur di bantal, mengantuk sangat mata beta." Maka Shafik Afandi pun tersenyum seraya berkata: "Tidak apa tuan, beradulah tuan di dada abang kerana abang pun rasa mengantuk hendak tidur bersama-sama oleh sedap rasa sejuk rambut nyawaku." Faridah Hanom pun tidaklah kuasa hendak berkata-kata lagi lalu beradu di dada kekasihnya dan Shafik Afandi pun terasa mengantuk lalu terlenalah ianya dengan bersandarkan badannya di[150] bantal. Ada pun Aliah apabila telah dayang[151] mengangkat barang-barang makanan itu berfikirlah ianya di dalam hatinya, tidak makan rupanya kedua-dua orang ini. Kemudian ditunggunya kedua-dua tuannya keluar beberapa lama tidak juga keluar lalu ianya berjalan ke pintu bilik itu[7] dilihatnya pintu itu terburka, maka teruslah ianya berjalan masuk ke dalam serta hampir ianya ke hadapan tempat peraduan itu terpandanglah ianya kedua-kedua asyik dan maksyuk itu beradu yang perempuan berbantalkan dada kekasihnya dan yang laki-laki bersandarkan badan dan[152] kepalanya ke bantal. Maka sangatlah dahsyat hatinya melihat kedua patung itu tidur kilau-kilauan cahaya mukanya sama padan sama tarafnya serta sangatlah kasihan rasa hatinya melihat tuannya menahankan diri dengan sengsara tidur itu oleh bersangatan kasihnya akan kekasihnya itu, lalu dijatuhkannya[153] kelambu itu…
serta keluar merapatkan pintu bilik itu melarang dayang-dayang dan khadam-khadam tidak diberinya berjalan dan bercakap kuat-kuat. Setelah lengser setengah hari maka Faridah Hanom pun terkejut daripada tidurnya membuka[154] matanya dilihatnya ia beradu itu di dada kekasihnya daripada pagi-pagi tadi dan kekashinya pun tidur bersandar menahankan dadanya lalu segeralah Faridah Hanom bangun[155] perlahan-lahan dengan sangat kasihan belas hatinya melihat kekasihnya beradu itu seraya bangun pergi basuh[156] muka dan membetulkan rambutnya, kemudian berjalanlah ianya keluar perlahan-lahan tidak hemat hendak menggerakkan kekasihnya tengah cendera sangat beradu itu maka apabila berjumpa Aliah di luar bilik itu dimintanya secawan teh. Maka Aliah pun segeralah membawakan minuman bermacam-macam ke hadapan Faridah Hanom sambil berkata: "Sampainya hati tuan meninggalkan kakanda lagi beradu itu sebab sangatlah kasihan dayang[4] beberapa malam sudah ianya tidak beradu baharu berjumpa dengan tuan inilah terasa mengantuk agaknya." Maka Faridah Hanom pun berkata sambil minum air yang dibawa oleh Aliah itu, "Beta baharu pun keluar duduk di luar ini sebentar sudah ibu marahkan beta. Dahulu tuan ibu lari lalu mening-galkan beta seorang diri di rumahnya tidak pula ibuku hendak marahkan dia, berbalik pula ibuku kasihkan dia marahkan beta." Maka Aliah pun tertawa sambil duduk mencium lutut Faridah Hanom berkata: "Ampunlah tuan, bukan sekali-kali dayang marahkan tuan sekadar sangatlah kasihan dayang akan kakanda itu menanggung percintaan selama[157] tuan meninggalkan dia. Bagaimanakah kakanda itu tidak lari melihat tuan demikian hal bukannya kakanda itu malaikat atau orang tua yang tidak bernafsu jangankan kakanda yang sangat muda lela itu alangkan dayang sama perempuan lagi melihat tuan dahulu ha-bislah semangat dayang terbang. Jika tidak tuan datang menarik tangan dayang, tentulah dayang pun lari juga." Maka Faridah Hanom pun tertawa[158] mendengar perkataan…
Aliah itu lalu bangun masuk ke dalam bilik dilihatnya kekasihnya lagi beradu juga serta di amat-amatinya akan muka kekasihnya itu, maka dilihatnya peluhnya memancar lalu diambil kipas sambil duduk di hampir kekasihnya dikipasnya perlahan-lahan ke badan kekasihnya dengan terasalah hatinya amat kasihan belas akan halnya dan menyesal rasanya memarahkan dia serta datanglah kasih sayangnya bagaimana rasa tidak hendak ditinggalkannya[159] lagi akan dia pada peringatannya. Ada seketika, maka Shafik Afandi pun terkejutlah jaga serta membuka matanya, dilihatnya kekasihnya ada duduk di sisinya mengipas akan dia. Lalu ianya bangun mengalihkan kepalanya ke atas ribaan kekasihnya sambil berkata: "Tuan picitlah sedikit kepala abang, terasa hendak ngilu pula." Maka Faridah Hanom pun melepaskan kipas itu sambil memicit kepala kekasihnya serta mengambil sapu tangan disapunya peluh yang di muka kekasihnya itu maka Shafik Afandi pun sangatlah suka rasa hatinya melihatkan kekasihnya telah pulang pulih sedia-kala kepadanya itu lalulah[160] Shafik Afandi bertanya kepada kekasihnya, "Pukul berapa ini tuan, tidakkah tuan rasa lapar sebab tengahari sudah ini nampaknya." Jawab Faridah Hanom, "Sudah pukul satu, beta sudah minum tadi diberi oleh Aliah." Maka Shafik Afandi pun bangun sambil mengangkat kekasihnya dipangkunya serta dipeluknya diciumnya seraya berkata: "Jika tuan tidak lapar, biarlah abang pergi mandi dahulu, panas sangat rasa badan abang." Maka Faridah Hanom pun berkata, "Baiklah mandi, supaya lalu abang santap," serta dibukakannya sekali akan kancing baju kot Shafik Afandi kemudian diambilkannya kain mandi di selimutkannya ke badan kekasihnya supaya menanggalkan seluarnya lalu ianya berjalan keluar merapatkan pintu bilik pergi menunggu ke tempat makan. Maka Shafik Afandi pun telah lepas kekasihnya keluar itu segeralah ianya menanggalkan kemeja dan seluarnya, masuk ke bilik mandi. Setelah selesailah[161]…
daripada mandi dan memakai pakaiannya, keluarlah Shafik Afandi mendapatkan kekasihnya, didapatinya kekasihnya membaca buku di tengah rumah. Maka duduklah Shafik Afandi dengan kekasihnya bergurau senda menyukakan hati kekasihnya. Ada sejurus Aliah pun datang terdiri memandang keduanya dengan sangat suka hatinya memandang tuannya telah berbaik dengan kekasihnya itu duduk bersanding keduanya sangat padan dengan elok majlisnya tiadalah[162] dapat dikatakan lagi. Dengan hal fikirannya itu lupalah ianya hendak memberitahu keduanya akan persantapan keduanya telah sedia. Maka Farida Hanom pun tersenyum memandang Aliah terdiri itu seraya berkata: "Apakah yang ibu herankan tercengang-cengang ini." Maka Aliah pun terkejut sambil berkata: "Subhanallah lupalah dayang hendak memberitahu persantapan telah sedia oleh kesukaan melihat tuan kedua duduk[4] berdua sama padan sama elok bagaikan tak ada bandingnya rasanya di dalam alam ini. Pada hari inilah baharu dayang merasa kesukaan daripada semenjak tuan murkakan kakanda ini."
Maka Faridah Hanom pun tersenyum seraya menjawab perkataan Aliah itu, "Bukannya beta marahkan siapa-siapa[163] ibu, sahaja beta benci sangat akan peringatan dan fikiran[164] yang ada di dalam kepala sekalian laki-laki ini mengatakan ianyalah yang lebih kuat dan lebih akal bicara dan lebih serba-serbinya daripada kita sekalian perempuan ini, maka dengan sebab ini dipandangynalah kita sekalian perempuan ini seperti suatu kejadian yang semata-mata dijadikan oleh Tuhan kerana berkhid-matkan ianya sahaja tidak hak sesuatu apa-apa pun bagi kita sekalian perempuan ini di dalam dunia ini[4], melainkan menurutkan apa kesukaan sekalian laki-laki sahaja." Maka Shafik Afandi pun tertawa mendengar perkataan kekasihnya itu sambil bangun[7] memimpin tangan kekasihnya dibawanya berjalan masuk ke dalam bilik makan seraya berkata: "Janganlah tuan menyalahkan…
orang laki-laki tentang perkara ini memangnya[165] Tuhan telah melebihkan laki-laki daripada sekalian perempuan di dalam QuranNya." Maka Faridah Hanom pun tersenyum serta duduk di kerusi menghadap meja makan sambil berkata: "Percakapan inilah yang[4] beta berkenan sangat mendengarnya daripada anak-anak yang ada pelajaran masa ini. Kerana percakapan yang demikian itu menunjukkan itikad datuk nenek moyang yang dahulu-dahulu itu masih juga ada tinggal racunnya yang membunuh faham dan pengetahuan yang bebas[166] yang didapati daripada akal dan pelajaran yang sebenar[167]. Bagaimanakah tidak beta berkata demikian kerana di dalam Quran ada beberapa banyak perkataan Tuhan[7] menyuruh memelihara akan perempuan, dan menyebutkan[168] kegunaannya di dalam perhimpunan kehidupan dunia ini, [dan pesanan nabi kita hingga masa hampir wafatnya di dalam hajinya yang penghabisan beberapa banyak bagi hak-hak perempuan,][10] tetapi seorang pun daripada laki-laki tiada[169] yang ingat akan dia, maka satu atau[4] dua perkataan Quran itu sahaja yang menyebutkan[170] kelebihan laki-laki itu boleh dikatakan semua[171] laki-laki alim dan jahil besar dan kecil hafaz sekaliannya, dan ditokok tambahnya pula dengan berbagai-bagai makna sekali. Pada pendapatan beta, adalah sebab[7] kejatuhan kita sekalian[7] kaum Islam ini hingga kebanyakan negeri-negeri kita dimiliki oleh bangsa-bangsa dan kaum yang lain-lain serta diperhambanya kita sekalian ini, ialah kerana sekalian laki-laki kita tidak memperhargakan kehidupan perempuannya dan tidak pula mereka itu menggunakan kehidupan sekalian perempuannya itu melainkan sekadar hendak memuaskan nafsunya[172] sahaja seolah-olahnya sekalikan perempuan ini seumpama kuda tunggangnya sahaja, bila-bila[173] terasa ianya ingin[4] hendak menunggangnya dikeluarkannya daripada tannya (setalnya) dengan cukup pakaiannya yang disediakannya itu. Dan apabila telah puaslah nafsunya dimasukkannya ke dalam tannya semula diberinya makan minum menunggu bila-bila bernafsu ia hendak menunggangnya lagi."
Jawab Shafik Afandi dengan terlalu sangat suka hatinya mendengar perasaan dan pengetahuan kekasihnya itu, "Bagaimanakah faham nyawa abang kehendak Tuhan mengatakan kelebihan…
laki-laki daripada perempuan di dalam QuranNya itu." Kata Faridah Hanom, "Pada faham beta, adalah kelebihan yang diekehendaki oleh Tuhan itu, ialah umpama kelebihan kepala seseorang[174] daripada perutnya, atau daripada kaki-tangannya. Iaitu sungguhpun di dalam anggota kita ini kepala itu[175] dilebihkan daripada segala anggota yang lain, tetapi kepala itu tidaklah[176] terkaya sekali-kali daripada perut[177] ertinya kepala itu tidak boleh hidup dengan tiada[178] perut. Demikianlah kelebihan yang dikehendaki oleh Tuhan di antara laki-laki dengan perempuan itu. Sebab laki-laki itu tidak boleh hidup dengan tidak ada perempuan. Di dalam Quran telah terang firman Tuhan dilebihkanNya laki-laki daripada perempuan satu darjah. [Iaitu Walirrijali alaihinna darjatun – ertinya – dan bagi laki-laki itu atas sekalian mereka itu yakni perempuan-perempuan satu darjah. Maka kelebihan ini sangatlah adil[179]][10] sebabnya[180] perempuan-perempuan itu[181] apabila bernikahlah ianya dengan seorang laki-laki tertanggunglah di atas laki-laki itu segala nafkah belanja kehidupannya dan kesenangannya. Maka tidaklah ada bagi perempuan itu suatu kesusahan bagi nafkah kehidupan dan kesenangannya hanyalah semata-mata ianya wajib berfikirkan kesenangan bagi suaminya dan berusaha mencari apa-apa kesukaannya supaya menambahi luas hati dan fikiran suaminya bagi menjalankan usahanya pada menambah-nambahi faedah-faedah kehidupan-nya. Maka oleh sebab pencarian kehidupan ini suatu perkara yang berkehendak kepada fikiran dan timbangan yang sempurna, jadi telah diwajibkan oleh Tuhan di atas perempuan taat akan perintah suaminya yang tidak menyalahi hukum agamanya supaya hilang sekali segala kebimbangan suaminya itu lain daripada hal-ehwal pencarian kehidupannya, maka taat perempuan akan suaminya inilah yang telah melebihkan laki-laki itu satu darjat. [Yang menjadikan sombong pongar sekalian laki-laki yang buta perut buta akal sehingga disangkakannya kelebihannya itu telah jadi macam tuan penghulu memiliki isterinya macam orang-orang memiliki hamba sahaya yang boleh[182] dijual belinya pada hal adalah Tuhan itu sangat adilNya][183] tatkala telah dikurangkanNya perempuan-perempuan itu satu darjat daripada laki-laki, maka telah di lepaskannya daripada perempuan itu beberapa perkara yang diwajibkannya di atas laki-laki sahaja tidak diwajibkannya di atas perempuan [yang senang-senang sangat diketahui oleh sekalian ahli-ahli pelajaran akan jenis-jenis perkara itu][10]. Bermula, kita sekalian perempuan reda dan dengan sukanya menerima hukuman[184] Tuhan mengurangkan pangkat kita satu darja…
daripada sekalian laki-laki[185] itu dengan sebab kita sekalian mengetahui dengan sebenar-benar pengetahuan akan kebesaran dan keberatan pikulan sekalian laki-laki itu di dalam medan peperangan kehidupan dunia ini[7] bagi memelihara kehormatan kaum dan bangsa dan tanah airnya. Tetapi tidaklah kita sekalian perempuan reda akan hukuman sekalian laki-laki di atas kita sekalian perempuan bahawa kita sekalian ini tidak berguna sama sekali di dalam kehidupan perhimpunan kaum dan bangsa dan watan lain dari kegunaan kuda tunggang [atau tukang masaknya dan tukang basuh kain bajunya, kerana kita sekalian perempuan mengetahui yang kita ini manusia sama jua bagaimana[186] laki-laki itu dan diberi oleh Tuhan kita akal yang boleh kita mendapat apa-apa pengetahuan yang boleh didapati oleh sekalian laki-laki[187] itu. Tidaklah sekali-kali tertegah kita daripada mendapat tiap-tiap suatu pengetahuan itu dengan sebab kekurangan daripada kita satu daripada sifat laki-laki itu. Maka siapakah daripada orang yang bersifat dengan sifat manusia yang berpengetahuan yang insaf berani mengatakan jika perempuan-perempuan itu berpengetahuan[188] tidak memberi guna bagi kaum dan bangsa dan watannya? Allahumma melainkan pak-pak lebai yang serban besar yang menjadikan kitab-kitab yang dikarang oleh guru-gurunya atau datuk neneknya yang mengandungi segala karut-karut daripada yang Maha Suci kitab Allah dan perkataan RasulNya daripada pecah-belah yang terkandung di dalamnya itu. Maka bagaimanakah kehendak hukuman Tuhan itu memberi kita akal yang boleh mendapat pengetahuan-pengetahuan itu tiba-tiba laki-laki menegah akan kita daripada belajarnya?“][189] Apabila Shafik Afandi mendengar perkataan kekasihnya yang demikian itu mengetahuilah ianya bahawa kekasihnya ini seorang daripada perempuan yang mempunyai perasaan menuntut akan kebebasan perempuan. Dengan sebab ini sukalah ianya hendak mengetahui sehingga mana sampai pengetahuan dan tujuannya itu. Maka segeralah disahutnya perkataan kekasihnya itu sambil menyuapkan secebis daging dan mengecup akan pipinya, "Bagaimana kehendak nyawa abang mesti diperbuati oleh sekalian laki-laki di atas sekalian perempuan itu."
Jawab Faridah Hanom sambil tertawa, "Heran beta mendengar pertanyaan abang ini kerana samalah jua seperti pertanyaan orang tua-tua yang dahulu-dahulu yang tidak mengecap nikmat pelajaran dan ibarat kiasan kehidupan masa ini. Maka jikalau demikianlah juga pendapatan[190] dan fikiran sekalian anak-anak muda laki-laki yang mendapat pelajaran yang tinggi yang tempat pengharapan kaum dan bangsa dan watan boleh mengeluarkan daripada keleburan yang telah ditanamkan oleh penjaja-penjaja agama pada masa ini patutlah kita sekalian memutuskan pengharapan daripada mendapat kemajuan dan memerintah sendiri akan negeri dan tanah air kita ini. Bukankah orang-orang Inggeris sekarang ini masuk memerinta negeri kita ini kerana kebodohan kita dan kerana tidak mengerti kita memerintah negeri bukannya kerana orang-orang Inggeris itu lebih sifatnya daripada kita; bermata empat, bertelinga empat,…
kaki tangannya sepuluh dua belas[191], tetapi hanyalah sebab mereka itu lebih pelajaran dan lebih[192] pengetahuan daripada kita mengerti mereka itu bagaimana peraturan memerintah negeri dan mengatur keamanan yang mendatangkan makmur negeri-negeri itu, maka dengan sebab kepandaian mereka itulah telah jadi patut mereka itu memerintah dan mempusakai pemerintahan bumi ini menurut bagaimana firman yang dijanjikan oleh Tuhan di dalam QuranNya. Bermula orang yang berakal yang mempunyai pelajaran yang sempurna tidaklah boleh ianya mengatakan pekerjaan Inggeris ini salah sebab memang tabiat kejadian dunia ini orang-orang yang bodoh itu diperintahi oleh orang yang pandai dan orang yang lemah itu dimiliki oleh orang yang kuat. Tetapi hendaklah ianya memeriksa akan sebab-sebab yang menjadikan orang-orang Inggeris itu terlebih pandai dan terlebih kuat daripada kita. Maka jikalau diperbuatnya demikian ertinya diperiksanya akan sebab-sebab kemajuan bangsa Inggeris dan sebab-sebab kejatuhan bangsa kita nescaya sangatlah[193] ianya mengetahui bahawa sebab yang besar sekali ialah kerana sekalian bangsa Inggeris ini laki-laki dan perempuannya bersekutu pada menjadikan anak-anaknya besar dengan mempunyai perangai yang elok kasihkan kaum dan bangsanya dan tanah airnya, dan gemar mempunyai ilmu yang berguna bagi kemajuan dan kebesaran kaum dan bangsanya. Ada pun kita dengan kebodohan dan kesombongan sekalian laki-laki kita dikeluarkan oleh mereka itu dua bahagian daripada perhimpunan kaumnya iaitulah sebanyak bilangan perempuannnya tidak dibenarkan oleh mereka itu sekalian perempuan-perempuan itu masuk becampur bagi berusaha sama pada mempunyai ikhtiar membantukan kemajuan kaumnya, hanyalah dipaksa oleh mereka itu tinggal selama-lamanya di dalam sifat kuda tunggangannya menunggu dan berhias dengan segala alatan yang menggemarkan menunggangnya[194] sahaja. [Bukankah perhitungan di dalam tiap-tiap sesuatu kaum itu pada ghalibnya banyak perempuannya daripada laki-lakinya. Dan jikalau perhitungan sesuatu kaum itu umpamanya sepuluh ribu orang, maka bukankah bodoh-bodoh yang sehabis-habis jahat disuruhan tiga ribu orang sahaja bekerja bagi manfaat[195] ke semua perhimpunan itu dan ditegah dilarang [196]yang tujuh ribu lagi itu daripada masuk ke medan pekerjaan itu, iaitulah sebanyak bilangan perempuannya.][10]
Bermula, ilmu dan pendapatan daripada pencubaan yang sebenar[197] telah muafakat sekalian bangsa-bangsa[198] yang hidup di dalam alam dunia ini mengatakan bahawa adalah sekalian perempuan ini ialah suatu perkakas yang maha besar bagi kemajuan tiap-tiap kaum dan bangsa di dalam dunia ini. Dan sekalian perempuan ini tiada[199] kurang faedah kegunaannya daripada sekalian laki-laki di dalam beberapa banyak perkara yang boleh membesarkan dan memuliakan sebutan kaumnya di dalam dunia ini.
„Bukankah sekalian perempuan itu ibu sekalian laki-laki yang memelihara akan dia daripada mula keluar daripada perut ibunya hingga sampai masa ianya mengerti memelihara akan diri sendiri, dan bukankah sekalian perempuan itu guru sekalian laki-laki yang mengajar akan dia daripada mula ianya mengerti memandang isyarat hingga fasih lidahnya berkata-kata dan kuat tulang sendinya boleh menanggung kesusahan berjalan setiap hari ke sekolah. Maka apabila ketahui bahawa hati dan peringatan kanak-kanak daripada kecilnya itu sangat putih bersih apa-apa yang dilukiskan di atasnya itu kekallah lukisannya itu hingga sampai matinya, maka mengetahuilah kita bahawa sesungguhnya ibunya yang memeluk akan dia siang dan malam itulah yang sangat berkuasa lebih daripada sekalian guru-guru yang ada di dalam dunia ini, boleh melukiskan ke dalam hati dan peringatan anaknya yang sangat bersih itu segala punca-punca yang dituntut bagi laki-laki yang boleh memberi guna kehidupannya, bagi faedah-faedah kaum dan bangsanya dan tanah airnya, iaitulah segala punca-punca yang menggemar dan merajinkan anak-anak itu menuntut kesempurnaannya[200] tiap-tiap satu daripada cawangannya itu pada masa ianya di dalam sekolah kelak. Maka pekerjaan yang maha besar gunanya bagi kehidupan perhimpunan ini bagaimanakah boleh kaum dan bangsa kita melakukan…
dan mendapat akan dia selama sekalian ibu anak-anak kita atau sekalian perempuan-perempuan kita jahil bodoh, tidak mengetahui melainkan ilmu memasak makan akan lakinya dan membasuh kain bajunya dan ilmu berbedak dan keletah yang mendatangkan nafsu lakinya mengajak ianya tidur sahaja. "Ada pun ilmu yang berguna bagi memelihara anaknya itu telah diharamkan oleh sekalian laki-laki akan[201] sekalian perempuan menuntut akan dia seolah-olahnya sabda nabi kita (menuntut ilmu itu fardhu di atas sekalian laki-laki dan sekalian perempuan itu) maka mana-mana yang berkenan dengan perempuan itu telah ditentukan oleh sekalian laki-laki kita ialah ilmu tidur dengan laki-laki dan memasak makan yang memberi sedap mulut dan kenyang perutnya sahaja. Bukannya tiap-tiap ilmu yang boleh digunakannya bagi membantu lakinya di dalam pekerjaan memuliakan dan memajukan kaum dan[7] bangsanya dan tanah airnya[202].
"Demi[203] Tuhan yang maha kuasa, janganlah siapa-siapa pun mengharap dan memikirkan ada sesuatu kaum dan bangsa di dalam dunia ini boleh hidup merdeka bebas[204] memerintah negerinya dengan aman sempurna jika sekalian anak-anak negerinya tiada[205] mempunyai serba jenis pelajaran. Dan mustahillah sekali pula boleh mendapat anak-anak negeri itu segala pelajaran yang boleh[206] digunakan oleh perasaan yang memberi manfaat akan kaum dan bangsa dan tanah airnya, jika ibunya atau sekalian perempuannya tiada[205] mempunyai pelajaran. Bermula, menyekat akan perempuan daripada pelajaran itu suatu dosa yang maha besar di atas kaum dan bangsa dan negeri yang akan diperiksa kelak oleh Tuhan di hadapanNya di padang Mahsyar [dan dibalasnya dengan penjara[207] neraka jahanam bagaimana laki-laki itu penjara sekalian perempuannya di dalam api dapurnya sahaja di dunia ini][10]." Faridah Hanom berkata-kata itu seumpama air yang deras tiada[205] tertahan sedikit jua pun dengan merah padam warna mukanya serta berlinang-linang air matanya oleh teringatkan kaum dan bangsa dan tanah airnya di dalam pemerintahan bangsa yang lain…
kerana kebodohan orang besar-besar dan [ketua-ketua agamanya yang telah meninggalkan perkataan Allah dan Rasulnya berpegang kepada segala perkataan orang yang tiada[205] diturunkan oleh Tuhan wahyu wajib menurut[7] ianya yang telah membawa pecah belah kaum Islam ini di dalam perkara agama dan perkara dunianya][208]. Maka Shafik Afandi pun tiadalah[209] berani melayani panjang lagi oleh[7] takut melarat kemarahannya itu, maka segeralah dijawabnya, "Nyawa abang, sekalian perkataan tuan itu sangat benarnya, tiadalah[209] tersembunyi daripada fikiran dan peringatan anak-anak yang muda yang mempunyai pelajaran yang sempurna masa ini, tetapi apalah upaya sekalian anak-anak muda itu jika sekalian orang tua-tua dan ketua-ketua pemerintahan negeri masih perpegang mati kepada peraturan lama[210] peraturan datuk nenek moyang disokong dan dikuati pula oleh orang-orang alim, ketua-ketua agama yang menjadikan ilmu agamanya itu perjalanan yang menghampirkan ianya kepada orang besar-besar itu, pada hal sekalian orang ramai di dalam negeri mendengar dan menurut akan mereka itu, kerana sangkanya ialah perkataan agama yang sebenar[211]. Tetapi oleh sebab raja kita sekarang sangat muda lagi mempunyai pelajaran yang sempurna besarlah harapan kita sekalian anak-anak muda akan mendapat perubahan adat lama ini kepada hidupan baharu menurut masa dan waktu."
Jawab Faridah Hanom, "Kita sekalian perempuan ini tidak sekali-kali menaruh harapan pertolongan daripada sekalian laki-laki pada mengeluarkan kita sekalian daripada dalam lobang yang cemar yang digemari oleh sekalian laki-laki itu, tetapi kita akan[4] berusaha dan berikhtiar menuntut hak kita sendiri daripada kerajaan dan alim yang insaf yang mempunyai perasaan kemanusiaan yang sebenar jikalau apa juga akan menggalangi kita sekalian kerana kehidupan perhambaan yang sentiasa ini[212] tiadalah[209] dapat diterima oleh nafsu anak yang merdeka lagi. Sebab kita sekalian percaya bahawa permintaan dan kehendak kita ini tidaklah kelak mengurangkan kita daripada menjaga ke-wajipan kita di atas suami-suami kita, hanyalah akan bertambah-tambah[213] keelokan…
juga bagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam yang sebenar." Kemudian berpalinglah Faridah Hanom kepada Aliah seraya berkata: "Barangkali[7] ibu heran mendengar perkataan beta ini, sebab tidak patut seorang anak dara yang belum mengetahui dunia ini mengeluarkan percakapan seumpama orang tua yang telah biasa. Maafkan beta ibu, kerana beta ini seorang anak yang dipelihara dan diajar oleh ibu-bapa beta dengan sempurna pelajaran kejadian dan kegunaan manusia. Maka dengan sebab beta periksa dan beta carilah[7] segala perkara yang beta mesti merasa dan mendapat di dalam dunia ini. Maka beta dapati kehidupan beta ini sekali-kali tidak boleh bercerai dengan laki-laki. Bermula, kehidupan menjadi hamba laki-laki bagaimana adat datuk nenek yang ada ini sekali-kalilah[214] beta tidak reda, dengan sebab ini beta nyatakan hari ini supaya boleh didengar oleh orang yang telah beta bersetia dengan dia hendak bersatu di dalam halal dengan keredaan ibu-bapa beta, bahawa kehendak beta dengan persatuan dengan dia itu ialah supaya menjadi kongsi pada kehidupan sama susah sama senang, dengan memelihara akan hak beta dengan sifat beta ini seorang perempuan daripada manusia yang merdeheka, mempunyai perasaan bagaimana perasaan manusia yang banyak, jika tidak lebih daripada perasaan laki-laki yang mempunyai pelajaran yang[215] sempurna maka tidaklah sekali-kali[216] kurang daripadanya. Dengan sebab ini, janganlah sekali-kali ianya terlintas di hatinya hendak menyekat akan kebebasan beta pada ber-khidmatkan kaum dan bangsa dan tanah air beta selama beta menjalankan segala kewajipan yang di atas beta kepadanya zahir dan batinnya."
Maka Shafik Afandi pun tertawa seraya menjawab perkataan kekasihnya, "Janganlah tuan salah sangka di atas sekalian anak-anak muda yang berpelajaran masa ini. Sesungguhnya…
mereka itu sangat-sangat menaruh fikiran pada menjalankan ikhtiar memberi pelajaran sekalian anak-anak perempuan, kerana sehabi-habis yakin percaya kita sekalian bahawa mustahil boleh[217] maju dan senang tinggal dengan bebas[218] dan merdeheka tiap-tiap satu kaum dan satu bangsa itu jika sekalian perempuannya tidak ada mempunyai pelajaran yang boleh memelihara dan menanamkan perasaan yang sebenar di hati anaknya daripada masa kecilnya, tetapi apalah upaya sekalian anak-anak muda itu, sebab sekalian orang tua-tua orang-orang alim masih lagi memegang[219] adat lama menyekat dan melawan akan kehendak mereka itu. Dengan kerana inilah tuan lihat beberapa banyak anak-anak muda yang berpelajaran sekarang pergi[7] berkahwin dengan perempuan bangsa Eropah kerana berkehendakkan ibu anaknya mempunyai pelajaran yang boleh memelihara dan mengajar anak-anaknya daripada masa kecilnya sebelum boleh belajar ke sekolah lagi. Abang ini[7] pun hampir-hampir termasuk satu daripada orang yang mencari bini bangsa lain jika tidak abang terjumpa[220] dengan tuan, dengan[4] sebab inilah tiap-tiap perkataan tuan tadi semuanya abang bersetuju, maka abang mengakulah menyediakan daripada hari ini lima ribu pound di bawah perintah tuan bagi kegunaan mengadakan pelajaran anak-anak perempuan."
Jawab Faridah Hanom, "Belumlah hendak[221] digunakan wang lagi di dalam perkara ini, kerana apalah guna wang jika kebanyakan kaum kita belum mengerti lagi kegunaan pelajaran perempuan-perempuan itu. Hanyalah yang wajib pada masa ini berikhtiar memasukkan perasaan ke dalam hati sekalian kaum kita [ini, iaitulah perasaan kemanusiaan yang berakal yang menilik tiap-tiap suatu kejadian Tuhan di dalam alam ini dengan pengetahuan bagi faedah-faedah kemanusiaan[222] yang dikehendaki oleh Tuhan bagi kesuburan kehidupan tiap-tiap suatu kaum atau bangsa, apa lagi kaum bangsa Islam yang telah menunggalkan ke Tuhannya. Maka dengan tilikan itulah kelak diketahui oleh mereka itu bahawa tiada boleh dapat sekali-kali][223] kehidupan yang sempurna itu jika perempuan-perempuan[224] kita tiada[205] diberi pelajaran. Maka memasukkan perasaan itu tiadalah[209] boleh dengan ringgit hiasanya[225] dengan suara yang berulang-ulang dengan berbagai-bagai susunan yang…
sentiasa memasuk telinga mereka itu [dengan tiada mengambil indah akan tutur kata sekalian orang yang sempit yang bertuhankan hawa nafsu dan berpenghulukan beberapa banyak orang yang lain daripada nabi Muhammad yang dinamakan oleh mereka itu konon ulama waris nabi][10]. Maka hal ini lagi sedikit sahaja masanya bolehlah abang mendengar suara-suara perempuan di dalam segala surat-surat khabar negeri ini."
Sehingga ini Shafik Afandi pun tiadalah[209] tertahan hatinya mendengar dan melihat perasaan kekasihnya yang sangat tinggi hematnya itu lalu memberi isyarat kepada Aliah menyuruh mengangkat makanan itu serta dipimpinnya tangan kekasihnya dibawanya berjalan keluar duduk di atas kerusi baring sambil memeluk leher kekasihnya seraya berkata: "Nyawa abang, bersatulah peringatan dan perasaan kita berdua, maka tiadalah[209] sia-sia[226] abang menanggung azab sengsara percintaan akan nyawa abang beberapa lama ini. Kerana sentiasalah terpaku di hati abang bahawa tiap-tiap manusia itu jika tiada[205] perasaan yang wajib didapatinya di atas dirinya, mesti jadilah kehidupan manusia itu menyamai sekali kehidupan sekalian binatang yang tiada[205] peringatan kepadanya melainkan makan pakai bersuka-sukaan sahaja. Sebab kejadian manusia ini dijadikan oleh Tuhan hidupnya[227] mestilah berhimpun bertolongan-tolongan di antara satu dengan lainnya, maka jika tiada[205] ianya berusaha menyuburkan tabiat kejadian itu, tentulah kehidupannya itu menghadapi fana dan hapus. Dengan sebab inilah penuh di dalam Qur'an disuruhkan oleh Tuhan sekalian orang yang beragama Islam ini bermuafakat dengan bertolong-tolongan di antara satu dengan yang lain, sebab muafakat dan bertolong-tolongan itulah nyawa kehidupan.
Wahai nyawa badan abang, bilakah[228] ditakdirkan oleh Tuhan kita ini bertemu keduanya di dalam halal supaya bebas[229] kita berdua membuat kerja di dalam terang apa yang boleh memberi manfaat kaum bangsa kita."
Faridah Hanom pun mengangkat kepalanya sambil tersenyum mendengar perkataan kekasihnya itu seraya berkata: "Entahlah abang, beta ini perempuan. Jika beta laki-laki tahulah beta menjawab pertanyaan abang itu." Lalu ianya bangun berjalan masuk ke dalam bilik membasuh muka dan membetulkan rambut dan pakaiannya kerana melarikan daripada peringatan[230] yang menyusahkan hatinya. Maka di dalam hal yang demikian Saad pun sampai membawa perkhabaran kepada tuannya. Apabila didengar oleh Faridah Hanom bunyi suara Saad berkata-kata itu segeralah ianya keluar bertanya Saad kalau-kalau[4] ada apa-apa surat daripada ayahanda-bondanya di Iskandariah, dijawab oleh Saad suatu pun tiada[205]. Maka Faridah Hanom pun duduklah bersama-sama Shafik Afandi diangkat oleh Aliah minuman dan berbagai-bagai buah-buahan kerana hari telah petang. Maka makanlah keduanya sambil bersenda-gurau di hadapi oleh Aliah dan Suad dayang keduanya.[231] Ada seketika kata Shafik Afandi, "Sukakah nyawa abang berjalan petang ini, kita lalu di Jazirah melihat orang berlumba kuda, kerana pada hari ini penghabisan lumba merebutkan cup raja kita Khadiwi Abbas Hilmi." Jawab Faridah Hanom, "Mana suka abang, beta turut sahaja." Maka Shafik Afandi pun berkata: "Jika tuan hendak pergi baiklah tuan bersalin sementara hari lagi siang sempat tuan melihat dua tiga kali lumba lagi." Maka Faridah Hanom pun berjalan masuk ke dalam bilik bersalin pakaian dengan selengkapnya kemudian diserunya Saad disuruhnya bungkus pakaian yang ditinggalkannya itu bawa pulang menunggu ianya di tempat biasa supaya boleh masuk balik ke rumah bersama-sama. Ada pun Shafik Afandi setelah sudah Faridah Hanom memakai pakaianya, maka[232] masuklah ianya ke dalam bilik memakai selengkap pakaiannya menurut apa-apa yang berkenan kepada keka-sihnya. Setelah siaplah[233] kedua asyik maksyuk ini lalu turun keduanya berpegang tangan naik ke atas kereta yang telah menanti sedia di hadapan pintu itu, disuruh oleh Shafik Afandi…
akan saisnya berjalan ke Jazirah mencari di mana-mana tempat yang lapang di tempat lawan kuda itu boleh memberhentikan kudanya. Maka larilah kuda itu dibawa oleh sais itu berhenti di mana tempat yang la-pang yang di dalam kereta-kereta orang yang ramai itu. Seketika melihat hari pun malam maka Shafik Afandi pun menyuruh saisnya balik ke rumahnya. Manakala sampai tempat yang biasa maka Shafik Afandi pun turun daripada keretanya menyuruh saisnya menghantarkan kekasihnya bagai-mana biasa, kemudian baliklah kereta itu mengambil Shafik Afandi balik ke rumahnya.
Sentiasalah kedua asyik dan masyuk ini berjumpa bersuka-sukaan, terkadang-kadang di rumah Aliah dan terkadang-kadang di dalam taman rumah[7] Faridah Hanom pada malam hari. Maka tiada[205] berapa lama baliklah Kasim Bey laki-isteri serta anakanda Muhammad Afandi, oleh sebab tiada[205] dapat ianya lama sebab bimbangkan anakanda Faridah Hanom tinggal seorang di dalam keuzurannya itu. Maka kemudian daripada balik ayahanda bondanya itu, Faridah Hanom pun teringatlah akan ayahanda bonda Shafik Afandi kalau-kalau balik juga boleh segera Shafik Afandi berkhabar kepadanya supaya dipinang akan dia {2. Aufl. Abb 4 Shafik Efendi mit Erklärung} sebelum ayahanda bondanya menerima akan sepupunya Badaruddin Afandi. Maka sebab ini jika dua hari tiga hari sekali Shafik Afandi tiada[205] datang mendapatkan ianya ke dalam tamannya maka keluarlah ianya pergi ke rumah Aliah berjumpa kekasihnya.
Critical apparatus
[Bearbeiten]- ↑ memperhatikan d, e.
- ↑ di dalam kereta itu. Ada sejurus nampaklah ianya seorang perempuan omitted in d, e.
- ↑ ayahanda-bonda c.
- ↑ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag omitted in c.
- ↑ membezakan a, c, membeza-bezakan d, e.
- ↑ tuan d, e.
- ↑ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj ak al am an ao ap aq ar as at omitted in d, e.
- ↑ bawanya d, e.
- ↑ di dalam omitted in d, e.
- ↑ a b c d e f g h i j k […] missing in a.
- ↑ missing in a, berkatanya e.
- ↑ rumah itu teruslah sekali dibawanya ke dalam anjung tempat omitted in d.
- ↑ beberapa perhiasan-perhiasan yang berharga in d, e.
- ↑ dalam c.
- ↑ menyampaikan salam rindu dendam kasih sayangnya kepada tuan dittography in e.
- ↑ kesilapan d, e.
- ↑ hati c.
- ↑ tetapi oleh sebab omitted in d.
- ↑ pada e.
- ↑ itu c.
- ↑ diomong-omong d, e.
- ↑ mulut-mulut c.
- ↑ menghinakan a, d, e.
- ↑ laki-laki itu c
- ↑ tersambung d, e.
- ↑ di dalam suatu negeri atau di atas suatu tanah yang bersambung daratannya dengan tanah tempat kedudukan sekalian laki-laki itu omitted in c.
- ↑ yang berlaku omitted in c.
- ↑ […] missing in a, instead of this a has dan tipu dayanya itu meleburkan.
- ↑ dan c.
- ↑ missing in a.
- ↑ suatu d, e.
- ↑ missing in a, omitted in d, e.
- ↑ sesiapa c.
- ↑ kemuliaanya d, e.
- ↑ gambar-gambar d, e.
- ↑ […] missing in a, instead of this a has binatang yang berupa manusia.
- ↑ dengan keluarnya c.
- ↑ mulia e.
- ↑ laki a, laki-laki c.
- ↑ menghasilkan d, e.
- ↑ mutiara beta d, e.
- ↑ dari d, e.
- ↑ Apalah d, e.
- ↑ missing in a.
- ↑ sebenarnya d, e.
- ↑ Makan d, e.
- ↑ terus d, e.
- ↑ tiadak e.
- ↑ sangat-sangat d, e.
- ↑ kasih c.
- ↑ ayat c
- ↑ ikhtiyar c.
- ↑ mentemukan d, e.
- ↑ terdengar c.
- ↑ Sakit sangatlah a.
- ↑ itu. Sangatlah sakit abang menenggung paluan nyawa abang omitted in d, e.
- ↑ a b c d pos d, e.
- ↑ pekerjaannya d, e.
- ↑ apa c.
- ↑ mendapatkan ke rumah Aliah d, e.
- ↑ isyarat d, e.
- ↑ a b seperti akan e.
- ↑ berhampboran d, berhamburan e.
- ↑ menghalangkan e.
- ↑ dibawanya a, dibawa c.
- ↑ Apabila e.
- ↑ omitted in e.
- ↑ entah e.
- ↑ disuruh c.
- ↑ jalan d, e.
- ↑ missing in a.
- ↑ dan nasihat a.
- ↑ kedua a, kedua-dua e.
- ↑ ayahanda-bondanya d, e.
- ↑ mengeluhlah d, e.
- ↑ Pada beberapa hal kali a.
- ↑ missing in c, tiada d, e.
- ↑ membuka d, e.
- ↑ terubah c.
- ↑ kalanya c.
- ↑ beta bolehlah beta turut a, kata turut e.
- ↑ tidak ada siapa a, tidak sesiapa c.
- ↑ pulang lalu omitted in c.
- ↑ mengantar a.
- ↑ ke dalam rumahnya, dan sais pun menyuruhlah kereta itu langsung menghantar akan dia missing in c.
- ↑ diperkanankannya c.
- ↑ sudahlah c
- ↑ perkataan d, e.
- ↑ bermuafakat d, e.
- ↑ masuk d, e.
- ↑ a b berbaring d, e.
- ↑ syang e.
- ↑ dengan tangisnya yang amat sangat a, dengan tangisyna c.
- ↑ pengetahuan c.
- ↑ missing in a.
- ↑ maka berkatalah ianya, "Baiklah, jika pandangan tuan tidak apa adikmu itu missing in c.
- ↑ Lalu d, e.
- ↑ tiada d, e.
- ↑ jika c.
- ↑ a b sesiapa c.
- ↑ diceritakan oleh Suad kepada Khatun segala hal Faridah Hanom dengan omitted in d, e.
- ↑ ia c.
- ↑ jikalah e.
- ↑ janganlah d, e.
- ↑ kumpul c.
- ↑ oleh Khatun omitted in d, e.
- ↑ makanan d, e.
- ↑ bercakap-cakap d, e.
- ↑ sangat d, e.
- ↑ makin e.
- ↑ menunggu a.
- ↑ pergi e.
- ↑ apabila c.
- ↑ maka dilihatnya c.
- ↑ lepas d, e.
- ↑ dilepaskan e.
- ↑ memasangkan d, e.
- ↑ tolaknya e.
- ↑ biliknya c.
- ↑ Dilihatnya api a, d, e, Api dilihat c.
- ↑ disingkapnya a, b, c.
- ↑ berbaring c.
- ↑ hanya d, e.
- ↑ keluar e.
- ↑ hati d, e.
- ↑ hendak pun ianya bangkit tiada dapat kerana kepalanya omitted in e.
- ↑ di rumah omitted in d, e.
- ↑ beta tiadalah d, beta tidaklah e.
- ↑ dipeluknya d, e.
- ↑ pistol d, e.
- ↑ missing in a.
- ↑ dengan tangisnya serta menyembamkan mukanya di tengkok Faridah Hanom omitted in c.
- ↑ boleh d, e.
- ↑ dilontarkan e.
- ↑ petang-petang d, e.
- ↑ muka e.
- ↑ bilik membuka bungkus melihat pakayannya yang omitted in e.
- ↑ bawa e.
- ↑ mana e.
- ↑ segera c.
- ↑ omitted in d, e, serta c.
- ↑ missing in a.
- ↑ ini baharulah d, e.
- ↑ berjalan d, e.
- ↑ terbanglah mengantuk daripada matanya a, kepada mata c.
- ↑ duduk di sisinya omitted in c.
- ↑ kekasih e.
- ↑ tidaklah e.
- ↑ peluknya b, d, e, dipeluk c.
- ↑ dengan c.
- ↑ dayang telah c.
- ↑ an e.
- ↑ dijatuhkannyalah c.
- ↑ membukakan d, e.
- ↑ menahankan dadanya lalu segeralah Faridah Hanom bangun omitted in e.
- ↑ membasuh d, e.
- ↑ omitted in b, c, d, e.
- ↑ tersenyum a.
- ↑ meninggalkannya d, e.
- ↑ lalu d, e.
- ↑ selesai d, e.
- ↑ tidaklah e.
- ↑ sesiapa c.
- ↑ dan fikiran omitted in d, e.
- ↑ memang d, e.
- ↑ biasa c.
- ↑ sebenarnya d, e.
- ↑ menyebabkan d, e.
- ↑ tidak e.
- ↑ menyebutnya d, e.
- ↑ semula e.
- ↑ nafsu e.
- ↑ tunggangnya bila a
- ↑ seorang a, seseorang itu c.
- ↑ kita d, e.
- ↑ tidak a.
- ↑ tetapi kepala itu tidaklah terkaya sekali-kali daripada perut omitted in e.
- ↑ tidak e.
- ↑ adilnya c, d, e.
- ↑ sebab d, e.
- ↑ sebabnya tiap-tiap perempuan a
- ↑ macam orang-orang memiliki hamba sahaya yang boleh omitted in e.
- ↑ […] missing in a, instead of this a has Bermula Tuhan itu sangat adil
- ↑ hukum d, e.
- ↑ mengurangkan satu darjat kita sekalian daripada laki-laki a.
- ↑ mengetahui yang kita ini manusia sama jua bagaimana omitted in e.
- ↑ pengetahuan yang boleh didapati oleh sekalian laki-laki omitted in e.
- ↑ yang insaf berani mengatakan jika perempuan-perempuan itu berpengetahuan omitted in d, e.
- ↑ […] missing in a, instead of this a has sahaja.
- ↑ perdapatan e.
- ↑ sepuluh atau dua belas a.
- ↑ missing in a,
- ↑ senanglah d, e.
- ↑ ianya menunggangnya a.
- ↑ munafaat d, e.
- ↑ larang c.
- ↑ sebenarnya c.
- ↑ bangsa-bangsanya d, e.
- ↑ tidak e.
- ↑ kesempurnaan a,
- ↑ dan c.
- ↑ tanah air c.
- ↑ Dami a, b.
- ↑ biasa c.
- ↑ a b c d e f g h i j k l tidak e.
- ↑ bolah e.
- ↑ penjaran e.
- ↑ […] missing in a, in lieu thereof a has ketua-ketuanya.
- ↑ a b c d e f tidaklah e.
- ↑ peraturan lama omitted in d, e.
- ↑ sebenarnya d, e.
- ↑ kehidupan yang perhambaan sentiasa ini d, e.
- ↑ bertambah a, c.
- ↑ yang ada sekali-kali d, e.
- ↑ omitted in d.
- ↑ perasaan laki-laki yang mempunyai pelajaran yang sempurna maka tidaklah sekali-kali omitted in e.
- ↑ oleh e.
- ↑ biasa c.
- ↑ mempunyai d, e.
- ↑ berjumpa e.
- ↑ Belumlah masanya boleh a.
- ↑ yang berakal yang menilik tiap-tiap suatu kejadian Tuhan di dalam alam ini dengan pengetahuan bagi faedah-faedah kemanusiaan omitted in d, e.
- ↑ […] missing in a, in lieu thereof a has bahawa kita ini tiada boleh dapat.
- ↑ perempuan a.
- ↑ hanya sanya c.
- ↑ sesia c.
- ↑ hidup d, e.
- ↑ nyawa badan, bilakah abang c.
- ↑ biasa c.
- ↑ ingatan c.
- ↑ sambil bersenda-gurau di hadapi oleh Aliah dan Suad dayang keduanya omitted in d, e.
- ↑ missing in a, omitted in c.
- ↑ siap d, e.